WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, November 28, 2012

Suami Letak Tangan Di Ubun Isteri Dan Berdoa Adalah Sunnah Nabi

AMALAN Sunnah Nabi SAW yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami MELETAKKAN tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa :



"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkauciptakan pada dirinya." (Riwayat Abu Daud )

 LAFAZ merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yg diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Berikut di bawah ini antara lafaz-lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah :

 Lafaz Yang Elok Diamalkan Oleh Pasangan Dalam Majlis Akad Nikah 

1 - LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH) Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:
 “Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..” Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut : “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

 2 - LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA PENGANTIN PEREMPUAN) Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati :
“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..” Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin : “Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah SWT...”

 3 - PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN) Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut : “Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin...”

 4 - PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
 “Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu...” 

5 - TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
 “Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..” Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

 6 - PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA PENGANTIN OLEH LELAKI)
 “Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1 - Memberi nafkah zahir dan batin.
2 - Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3 - Keselamatan yang terjamin.
4 - Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

 Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah...”

 Semoga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan kebahagiaan di alam rumahtangga.


# Moga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.

Monday, November 19, 2012

Brazil juara futsal Piala Dunia 2012

Brazil berjaya mengesahkan kehebatan mereka dalam dunia futsal apabila berjaya menjuarai kejohanan Fifa World Cup 2012 di Thailand semalam setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu Sepanyol 3-2 dalam masa tambahan ketika kedudukan sebenar permainan terikat 2-2.


Neto menjadi wira apabila menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan dan satu gol lagi dijaringkan oleh lagenda futsal mereka iaitu Falcao walaupun pada satu ketika mereka ketinggalan 2-1 hasil jaringan mengejut dalam mase seminit oleh Torras dan Alcardo.


Kejuaraan ini telah menaikkan Brazil ke rangking teratas dunia memintas Sepanyol di tempat kedua dan Itali ketiga.



Wednesday, October 24, 2012

Wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW buat kita semua umat akhir zaman

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah lama aku tidak update blog ini.
Rasanya kali ini aku ingin berkongsi pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman dalam Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Sangat sedih dan terharu bila aku menghayatinya. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.


P/s : Diharapkan juga semua sudi retweet dan share FB seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T.

Thursday, August 2, 2012

Masihkah Ada Ramadhan terbaik bagi aku



Drama ini bermula pada 23 julai 2012 di Astro Prima ini setiap Selasa jam 11malam. Cerita ini mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya.

 Jalan cerita ini sangat bagus, sampaikan airmata aku mengalir laju. Series memang 'touching' dgn perjalanan cerita ini. Kalau korang dapat memahaminya, aku rasa korang juga akan terasa. Loghat terengganu memang best. Tak sangka cerita sebagus ini boleh ada dalam versi terengganu. Memang bangga aku jadi rakyat terengganu.

 Kesimpulan cerita ini,luangkan masa call mak ayah kalau duk berjauhan.Itu tanda kita ingat pada mereka dan jangan lupa sedekahkan surah AlFatihah setiap kali lepas solat. Moga hidup mereka diberkati Allah selalu. I love You mom and dad :)

 episod 1 - 23 Julai 2012

 episod 2 - 30 Julai 2012

episod 3 - 6 Ogos 2012 

episod 4 - 13 Ogos 2012



Thursday, July 26, 2012

Bonus 1/2 bulan gaji utk staf gomen

Alhamdulillah walaupun sikit tapi bersyukurlah. Dapat bonus raya lagi huhu best gak. Kerajaan bagi bonus dan bayaran khas kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.


Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. Pembayaran bonus raya ini melibatkan perbelanjaan oleh kerajaan sebanyak RM 2.2 billion dan ia merupakan "hadiah" kepada penjawat awam bagi menyambut aidilfitri pada tahun in dan sumbangan kepada dedikasi mereka dalam melaksanakan projek pembangunan negara

Sunday, July 8, 2012

Kisah sedih yang perlu direnungi bersama

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA. KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi. Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka. "KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk.. "Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH. "KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?" "Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi. "KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH." "hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH." "CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye." CINTA memerhati KASIH berlalu pergi. KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B "CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA.. Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

Sunday, June 17, 2012

Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1433H




Setiap tahun pada tanggal 27 Rejab, umat Islam akan menyambut kehadiran peristiwa Israk Mikraj ini. Israk (Perjalanan Nabi menaiki Buraj dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) dan Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus iaitu langit yg ke tujuh utk menemui Allah SWT)

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Masjid Al-Aqsa
Masjidil Haram

Sunday, May 27, 2012

Kasih seorang IBU..

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

 Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Si anak kaku..

Wednesday, April 4, 2012

Minyak Petrol RON97 naik lagi dan lagi!


Tahun 2012 minyak naik, tahun depan naik lagi.Bila nak turun kita semua pun tak tahu.
Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.
10sen jer naik drpd RM2.80 kepada RM2.90, tak banyak mane kan. Tapi tengoklah nanti barang apa pulak yg akan naik..haha
Kenaikan harga ini adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong menurut sumber.
Terimalah kenyataan dengan hati yang ikhlas jujur dan gembira..wakaka

Monday, April 2, 2012

Jodoh itu milik kita

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.



*Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

Thursday, March 29, 2012

LMFAO live in Malaysia postponed


Konsert LMFAO live in Malaysia harini postponed to 9 April 2012. Harap maklum dan semua tiket yg terjual pada tarikh harini sah untuk digunakan pada hari konsert nanti. Tiket still lagi ada.

Date: 9th April 2012 (Monday)
Venue: Sunway Lagoon Surf Beach, Bandar Sunway, Malaysia
Tickets: RM398 (JS VIP Zone), RM298 (Samsung Zone), RM198 (Party Zone), and RM138 (Chill Out Zone)
Online: www.ticketpro.com.my or any Rock Corner, The Guitar Store and Victoria Music outlets. For enquiries, please contact the hotline: 03-7880 7999.

Wednesday, March 28, 2012

Rahsia disebalik bulan kelahiran


Capricorn, 21 Des - 19 Jan
Aquarius, 20 Jan - 18 Feb
Pisces, 19 Feb - 20 Mar
Aries, 21 Mar - 20 Apr
Taurus, 21 Apr - 20 Mei
Gemini, 21 Mei - 20 Jun
Cancer, 21 Jun - 20 Jul
Leo, 21 Jul - 21 Agt
Virgo, 22 Agt - 22 Sept
Libra, 23 Sept - 22 Okt
Scorpio, 23 Okt - 22 Nov
Sagitarius, 23 Nov - 20 Des


JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
Berfikiran abstarak
Sukakanbenda yang reality dan abstarak
Inteligent, bijak dan genius
berpersonality yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi


MAC
Berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
lelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.


APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
Berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
Keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya hayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak ppunya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lamabt sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya


JULAI
seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sanagat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disanyangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhada orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka meminpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan


SEPTEMBER
sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik


OKTOBER
suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangata menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih, penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi
benci pada kongkongan

Thursday, March 22, 2012

Semua orang tak perfect

Ya memang benar manusia tak sempurna. Tapi ingatlah berapa kali kita ucap alhamdulillah dalam sehari? Bersyukurlah dengan apa yang ada, tak sempurna hidup ini kalau tak bersyukur.

Bila tak bersyukur,orang lain semuanya kita nampak sempurna. Padahal kita tak tahu yg orang tu pun ada masalah dia sendiri. Setiap manusia ada masalah kecuali org yg telah mati. Tak payah nak pandang tinggi sangat org lain. Pandang pada kebaikan jangan pandang pada keburukan. Bila kita bersyukur InsyaAllah akan bertambah nikmat kita. Allah telah tetapkan rezeki kita sejak azali lagi. Tu janji Allah pada kita. Sempurna depan manusia tak semestinya kita sempurna depan Allah. Betul tak??

Kadang-kadang ada org tu bila ditegur supaya bersyukur dgn apa yang ada pada diri diaorng mula la jawab, ”Ko tak faham diri aku sebab ko tak pernah rasa”… Habis tu takkan tuhan tak faham apa yang dioorng rasa. Sebab apa yang Allah bagi pada kita tula yang terbaik pada kita. Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. Tak nampak di dunia, mungkin di akhirat.

* Lihat pada apa yang ada
Barula kita BERSYUKUR
Jangan dikenang apa yang tiada
Nanti kita KUFUR


Monday, March 19, 2012

Jika benar dialah pemilik tulang rusuk kiriku


Jika benar dialah pemilik tulang rusuk kiriku, aku terima seadanya Ya Allah.
Seandainya bukan, jangan biarkan aku merindui kehadirannya.
Biarlah aku meratapi segala yang berlaku sebagai satu pertemuan yang indah.
Permudahkanlah segala urusanku untuk melupakan rasa kasih yang pernah tercipta dihati ini.
Sesungguhnya ketetapanMu adalah yg terbaik bagi setiap mahkluk di muka bumiMu ini Ya Allah.

Dunia ini hanya sementara. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku takkan persoalkan apa yang telah terjadi.
Rancangan yang diatur ini hanya Engkau sahaja yang menentukan.
Nikmat rindu, sayang dan cinta begitu indah Kau berikan padaku Ya Allah.
Andai dia bukan tercipta untukku aku redha.

Monday, March 12, 2012

SBPA cancel..No SBPA..Yes SSM!!


1. SBPA dibatalkan dan SSM akan di pertambah baikan.

2. Satu suruhanjaya Di tubuhkan yang dianggotai pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif Perkhidmatan Awam. Cadangan Suruhanjaya akan dipertimbangkan.

3. Pelarasan Gaji berdasarkan Gaji Matrik SSM dan diberi peratusan seperti berikut ::

*13 % untuk kumpulan PNP dan kumpulan Pelaksana ( Gred 1 - 54 )

*9% untuk Gred JUSA A, B dan C

*8% untuk Gred Turus 2 & 3

*7 % untuk Gred Turus 1 dan Gred KSN

4. Struktur jadual Gaji SSm diubah ke Jadual Gaji Min-Minimum.

KGT Gred 1-54 = RM80 - RM320

KGT Gred JUSA = Kekal seperti dalam SSM

- Elaun COLA kawasan B di naikkan dari RM 200 kepada RM250.
- Elaun COLA kawasan C di naikkan dari RM100 kepada RM150.
- Elaun BIPK , BIW , BIP dan BISP dikekalkan perlaksanaan mengikut SSM Guru. ( Laluan kerjaya ikut timebased )


*Pelarasan Gaji bermula 1 Januari 2012 , akan di bayar pada Mac atau April. Sekian terima kasih

Thursday, February 23, 2012

KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54 ??


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Sunday, February 19, 2012

Ghost Rider II is comeback


Semalam berkesempatan tengok filem aksi lucu dan gempak lakonan aktor terkenal hollywood, Nicolas Cage dlm filem terbarunya Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance.
Memang terbaiklah layan 3D. Penuh dengan aksi dan tidak membosankan langsung..hahaha rugi kalo tak tengok.

Sinopsis
Mengisahkan Johnny Blaze(Nicolas Cage) menjalani hidup terasing kerana memiliki kuasa. Dalam cuba memahami kuasa yang diperolehnya daripada perjanjian dengan syaitan itu, dia sebenarnya masih mempunyai jiwa mulia manusia yang mahu menggunakan kuasanya pada saluran yang betul.

Blaze mendapat kekuatan dari neraka setelah menjual jiwanya kepada setan bernama Mephistopheles pergi ke sebuah daerah di Eropah Timur. Di daerah tersebut, Blaze juga mencari orang yang boleh melepaskannya dari perwatakan Ghost Rider. Dia tidak menyukai kekuatan tersebut.

Dalam perjalanan tersebut, Blaze bertemu dengan seorang pendeta yang bernama Moreau (Idris Elba). Dia meminta Blaze untuk melindungi seorang ibu dan anak yang dikejar Roarke Carrigan (Johnny Whitworth). Carrigan sebenarnya adalah manusia biasa yang mendapat kekuatan dari iblis. Tidak cukup sampai di situ, iblis juga ingin merasuki jiwa bayi yang baru saja lahir.

Hal tersebut memaksa Blaze untuk kembali menggunakan kekuatan setannya. Dia harus melawan kekejaman Carrigan yang juga memiliki kekuatan seimbang dengan Blaze.
Untuk mengetahuinya lagi ayuh serang panggung. Tak rugi beb kompem puas hati.okbai

Thursday, February 16, 2012

Hati tak pernah menipu

Hati: Kau bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.

Fikiran: Aku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.

Hati: Ye ke kau dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa kau masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa kau bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan kau sendiri.

Fikiran: Diam! Diam! Aku benci kau hati. Kenapa kau tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Kenapa kau nak menegakkan jugak benang yang basah!

Hati: Kerana hati itu tulus. Hati itu tak pernah menipu. Kau boleh nak cakap apa saja. Kau boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya kau je yang tahu dan kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau sendiri.

Fikiran: Adakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.

Hati: Aku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa kau lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba kau tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?

Fikiran: Hurm.. Agama? Solat? Al-Quran?

Hati: Ya. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.

Fikiran: Ya Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.



* Ingatlah lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”

Tuesday, February 14, 2012

Semakan semula gaji SBPA

Setelah perbincangan dan penelitian dibuat, satu draf baru bagi gaji sbpa telah dibuat tapi tak dinyatakan dengan jelas apakah ini benar ataupun tidak yang pasti kita perlu menunggu ianya dilaksanakan.

Kalau diperhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan.
Mungkin isu ini akan berlarutan sekiranya ketidakpuasan hati masih membelenggu kakitangan awam. Sama-samalah kita tunggu formula gaji baru sbpa ini terlaksana.

Tangga saji baru.mungkinkah??

Monday, February 6, 2012

Tak salah menegur kalau kena pada caranya!

Ramai orang kat dunia ni suka menjadi hakim. Maksudnya menjatuhkan hukum dengan sendirinya.hehe.. Sebenarnya kita mestilah menegur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan terhadap seseorang sekiranya ianya salah. Sebab itu menegur ini tak salah kalau kena pada caranya. Kita mestilah:-

  1. Berani - Ya amatlah perlu dan tersangatlah mestinya menjadi berani apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Kenapa berani?. Kerana, kita perlukan seorang yang boleh memulakan langkah untuk menegur. Seorang saja dah cukup tapi jangan lah lupa backup ya. Tak ada backup tak jadi jugak. Hahaha. Sebab kebiasaannya, apabila seorang dah memulakan langkah, yang lain-lain pun akan jadi berani nak bersuara juga. tak begitu..?
  2. Cara - Kalau dah tahu orang yang hendak ditegur itu seorang yang baran/ego tak bertempat, carilah cara yang paling selamat untuk menegur. Setiap sakit ada penawar & setiap masalah ada jalan penyelesaian. Ingat tu. Cakap dengan suara yang paling paling palinglah lembutnya dulu. Jangan terus tuju pada apa yang hendak disampaikan. Alihkan dulu perhatian si dia tu. Ha.. Lepas itu barulah masuk sikit demi sikit. Hehehe.
  3. Tegas - Ada orang yang memang tak kena cara tegur yang lembut. Maksudnya, ada sesetengah yang kita memang kena berkeras dan menggunakan ketegasan dalam menegur. Bukan kurang ajar tapi ini sajalah caranya yang ada. Orang pahang kata orang-orang yang perlu ditegur sebegini sebagai ‘babei’. Bukan ‘babi’ ya.hihi.. Sebut biar betul sikit. Dalam erti kata lain ‘babei’ tersebut adalah degil.
“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”

Friday, February 3, 2012

Perkahwinan itu ibadat

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah

Hukum asal bagi perkahwinan adalah HARUS. Namun hukum ini boleh bertukar kepada wajib,sunat,haram dan makruh mengikut beberapa situasi.


Tuesday, January 31, 2012

Begitulah awan nano!

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu




Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya. Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Buddhi Hekayat penulis lirik Awan Nano

Itulah lagu Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik sulung nukilan Buddhi Hekayat .Seorang teman pernah bertanya kepada Buddhi apa maksud sebenar lagu tersebut dan jawab Budhhi ringkas Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Beliau juga menambah awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata. pehhh!


Juara AJL 26 Hafiz bersama Buddhi Hekayat dan M.Nasir

Thursday, January 26, 2012

Tepuk dada tanya iman

Semua orang ada rasa keinsafan diri tapi kadang2 ianya tidak mampu bertahan lama. Insaf sekejap kata orang. Ia sudah menjadi satu fenomena dimana contoh yg boleh saya ambil utk diri saya ialah ketika mendengar tazkirah mahupun ceramah agama. Pada masa itu timbul keinsafan diri yg meluak-luak namun selepas habis jer rasa insaf itu akan hilang begitu sahaja.

Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat! Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Kebiasaannya setiap orang tidak sama tempoh insaf sekejap dalam diri mereka dimana ada yg mengambil masa berhari-hari dan ada yg hanya beberapa minit sahaja insaf sekejap diorang.

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh. Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Tidak salah melakukan kebaikan tetapi yg salahnya adalah menyekat utk melakukan kebaikan. Mungkin pergaulan kita dengan teman-teman dan keadaan persekitaran banyak mempengaruhi.

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat. Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali. Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

Wednesday, January 25, 2012

3 in 1 baru rare!


Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.

"Kalau dua, ia adalah plural"
Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.

Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.

Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

Wednesday, January 18, 2012

Perempuan menangis kerana apa?


Cuba anda fikirkan sejenak kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Adakah mereka lemah atau mereka memang mudah menangis disamping lelaki?

Terdapat banyak kemungkinan. Seseorang perempuan itu takkan menangis dengan mudah, tetapi apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis kerana anda,
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Pandanglah matanya,
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Bro..
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Bro..
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.


Bro..
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Bro..
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Ini hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...peace

Tuesday, January 17, 2012

Mat Rempit pun boleh berubah gara² UAI


Entry ini dikarang dalam bahasa terengganu namun ia sudah dipermudahkan supaya senang faham

:Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…


Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..” rr.. satu agi..”Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…”HAHAJadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA’…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…

dop seke pando gok aku buat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)

copyright by wootmedia

SBPA disemak semula


Memang banyak pertikaian telah berlaku sejak SBPA ini diperkenalkan. Walaupun banyak kelebihan namun kekurangannya masih ada. Adakah ianya telah terlepas pandang atau sengaja dipolitikkan sama-sama kita tunggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...