WELCOME TO MY BLOG

Thursday, April 28, 2011

Sayang seribu kali sayang..

Love story...

Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)



Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!





Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin, tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.


Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.


"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"



Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.


"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"


Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.





"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.


"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"


"Salam. Isteri?"


"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"


Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?


"Hello?"


"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"


Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.


"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"


Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.



Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

Monday, April 25, 2011

Oh Inhaler..


korang tahu tak ape itu inhaler vicks?

aku memang mempunyai masalah resdung/seduan/selsema yg teruk..aku elergic pada habuk..makanan seperti sotong,udang,belacan dan budu yang mana ini akan membuatkan hidungku berair tanpa had..

dah mcm2 ubat aku telan..tak baik2 jugak disebabkan sikap aku yg tak jaga pemakanan.kui3..
time selsema datang menyerang memang dah tak leh buat kerja..adoiyai..

tapi sekarang bila selsema jer tak perlu risau lagi kerana aku mesti cari inhaler..aku akan sedut sampai selsema hilang..aku memang ketagih mende ni..hanya mende ni dapat menghilangkan selsemaku yg teruk..

try la mende ni mmg best..ketagih maa..hehe

Thursday, April 21, 2011

Perkahwinan Paling Berkat Adalah Paling Murah Belanjanya



Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

■Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
■Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
■Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000
Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

■"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
■"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"
Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.



Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

■Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
■hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
■janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
■muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
■jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
■belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.
Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.



Sunday, April 10, 2011

Tingginya Martabat Wanita Solehah

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya
“ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab
“anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik” Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya
”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata;
”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh” Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


*** Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)


Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab,
“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”


Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab,
“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...