Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia juara mutlak


Akhirnya skuad kebangsaan kita berjaya melakar sejarah menjuarai Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki 2010 dengan menampilkan permainan menarik setelah penantian 14tahun akhirnya terjawab.Sungguh bangga dan terharu.



Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.Barisan Harimau Malaya kita berjaya menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2.





Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Tahniah juga kepada penyerang negara, Safee Sali yang membawa pulang trofi penjaring terbanyak untuk edisi kali ini.


Syabas buat semua pemain, jurulatih, pengurus dan staf pasukan yang bertungkus lumus membawa pulang piala AFF ke tanah air buat kali pertama.
Semoga tahun depan lebih maju lagi.Love you Malaysia tanah tumpahnya darahku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...