Manusia tiada beza , samada lelaki mahupun wanita. Kalau kita rasa kita lengkap dalam aspek yang tertentu mungkin ada setengah aspek lagi kita akan terabai , tiada manusia yang dicipta adalah benar - benar sempurna . Lelaki dan Wanita hidup untuk saling melengkapi bukan untuk mendengki dan meninggi diri .
Kadang - kadang , apabila kita berada di atas kita sering terlupa bagaimana cara kita mendaki pada dahulu kala , kita terlupa semasa pendakian untuk mencapai puncaknya penuh dengan duri dan cabaran yang terpaksa kita lalui . Tetapi , apabila kita telah berjaya cabaran yang jerih mudah sahaja kita lupakan dan tiada langsung sikap untuk bersyukur kerana berjaya mengatasinya dan akibatnya akhirnya akan memakan diri .
Kita semua adalah sama , cuma apa yang kita ada untuk menjadikan diri lebih daripada mereka diluar sana adalah dengan menggunakan akal yang ada sebaik mungkin untuk berfikir dan bertindak secara rasional .
Begitu juga jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.