Tuesday, December 28, 2010
Benarkah bercouple itu haram??
Rasanya sudah terlampau banyak post mengenai couple ini. Tujuan saya berkongsi artikel ini bukanlah untuk berterusan menghukum atau menegakkan benang yang dah sememangnya basah mahupun kering kerana benang yang basah mahupun kering itu amat sukar di tegakkan. Maka dengan itu janganlah kita berterusan saling menegakkannya.
Pada ketika dan saat artikel ini di tulis, penulis masih lagi berfikir. Bukan berfikir kosong, tetapi berfikir dengan sepenuh hati dan akal. Teruskan membaca artikel ini dan teruskan berfikir.
Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.
Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau Declaration I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup.
Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan.
Tapi betulkah couple itu haram??? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.
Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.
Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P.Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar).CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATIDari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.
Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.
Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
(Surah An-Nur(24) ayat 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..
(Surah An-Nur(24) ayat 31)
Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?
Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Kedengaran janggal pula di telinga ayat supaya menjaga mata dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya ini. Mata bukanlah boleh melakukan apa-apa. Mata bukanlah seperti anggota lain seperti tangan, kaki dan lain-lain yang memang terang-terangan boleh menjadi organ penzinaan. Fikirkan lagi.
Kami pandai jaga la kalau kami couple pun. Kami tak jumpa langsung. Kadang-kadang kami sms jek, YM, facebook dan hantar email. Kata sesetengahnya yang pandai menjaga hubungan couple mereka. Tapi organ apakah yang mereka gunakan untuk membaca sms, YM, fb atau email tersebut kalau bukan MATA.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.
Lihat pula sabda Rasulullah saw di atas yang memperincikan masalah zina. Teliti turutannya. Mata adalah zina terutama yang di beri penekanan. Kemudian barulah di ikuti lidah, hati dan kemaluan.
Baiklah kita hentikan perbincangan mengenai zina. Tak semua orang yang bercouple akan berzina (kononnya). Kita mula pula perbincangan mengenai sesuatu yang suci katanya. CINTA.
Cinta itu sendiri terlampau subjektif dan terlalu sukar untuk di tafsir. Ia boleh membawa kepada yang ma'ruf jika betul caranya dan juga membawa kepada yang mungkar jika salah caranya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang menuruti batas-batas dan tuntutan islam. Dan bila bercakap mengenai cinta yang memenuhi batasan atau tuntutan islam tentulah cinta yang telah sah HALAL di sisi Allah.Cinta selepas AKAD. Cinta adalah HAK mutlak milik Allah SWT. Ia adalah pinjaman dari Allah kepada hambanya untuk di letakkan di tempat yang sewajarnya. Ianya amat indah jika betul dan kena caranya.
Rasa cinta itu perlu di tumpahkan menurut cara yang sebenar. Rasa cinta perlu di letakkan pada yang sepatutnya. Rasa cinta perlu di luah mengikut turutan yang sewajarnya. Apakah turutan yang sewajarnya ini?
Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai. Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya betul ker u suka i ni. betul ker u cinta i ni. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar.
Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?
Tinggalkan persoalan ini. Anda fikir Klimaknya bagi artikel ini berdasarkan huraian dari awal ialah COUPLE sebelum akad itu TIDAK HARAM kalau anda sanggup membutakan mata anda, hati anda, dan membisukan lidah anda. Betullah kata-kata pujangga,CINTA ITU BUTA!
Dan couple itu haram kalau anda tidak mahu butakan mata, hati dan bisukan lidah anda.
Anda fikir dan anda pilih. HARAM atau TIDAK. Tepuk dada tanya selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)