Tahniah Terengganu kerana berjaya menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi setelah menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi yang penuh dramatik.
Disaksikan hampir 90,000 penyokong yang mana hampir 60,ooo dikuasai oleh penyokong The Red Warrior dan selebihnya adalah penyokong Terengganu FC, perlawanan pada babak pertama agak seimbang.
Namun begitu Kelantan berjaya mendahului pada babak kedua di m-79 hasil jaringan menarik Norul Azwan Roya yang menerima umpanan cantik pemain tengah Syakir Shaari.
Perlawanan seakan-akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan namun begitu kesilapan pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk ke gawang sendiri ketika hendak mengeluarkan bola sepakan Abdul Manaf Mamat yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi membawa padah ketika aksi hanya berbaki 5 saat waktu sebenar kecederaan tamat.
Strategi jurulatih Terengganu memasukkan pemain tengah Nordin Alias membuahkan hasil apabila rembatannya berjaya menghasilkan gol kemenangan pada m-110 tambahan masa.
Dengan kemenangan itu, Terengganu berjaya mengulangi kejayaan yang sama 11 tahun lepas menewaskan Pulau Pinan 4-3 menerusi sepakan penalti. Kejayaan ini juga lebih manis lagi kerana dikhabarkan penganjuran Piala FA kali ini adalah tahun terakhir kerana FAM akan memperkenalkan format baru untuk tahun hadapan.
Tahniah sekali lagi buat pasukan Terengganu. Sesungguhnya rakyat Terengganu berbangga dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pemain.
Terengganu Nelang!Peteh Terengganu Peteh!