Pages

WELCOME TO MY BLOG

Friday, December 3, 2010

Jodoh itu pasti..

Maria: "Kamu percaya pada jodoh, Fahri?"
Fakri: "Ya, setiap orang memiliki…."
Maria: "... jodohnya masing-masing. Itu yang sering kamu bilang..Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit"
Fakri: "Bukan dari langit, Maria, tapi dari hati, dekat sekali"

Petikan dialog filem Ayat-Ayat Cinta






بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bersabar.. memang pahit, pedih lagi perit ... namun sabar itu diantara 1 sifat yang disukai Allah selain dari santun. Jadinya nak sabar bagaimana.... Pujuklah hati dengan keyakinan daripada solat yang dikerjakan dan doa atas munajat yang dialunkan. Mungkin Allah nak beri masa buat hamba berfikir & benar-benar bersedia melayari alam rumahtangga. Suatu perjalanan yang besar perlu dilakukan atas pengorbanan dan kebijaksanaan mengemudi kehidupan secara berpasangan. Yakinlah Allah beri lewat tidak bermakna tidak ada, cuma untuk memantapkan ilmu dan pengisian buat diri..agar dikelak hari.. mampu bagi hambaNya meraih redha dan barakah dariNya. Tenanglah wahai hati..untukmu pasti ada..dan ianya hanya dalam rahsia Allah. Seperti ajal juga, jika kita tahu bila tarikh & masanya...pasti masing2 sibuk dengan ibadah tanpa menghiraukan dunia..namun, semua ini ada hikmahnya bagi yang memperhalusinya dengan tenang dan bersabar..Kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yg pecah.. Ada yg berjaya mengutip dgn banyak dan ada yg sedikit.. TETAPI!! tiada seorang pun yg berjaya mengutip kesemuanya.. manakala semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka.. Kuatkan hati..
Walau apa pun terjadi mesti redah.. biarpun susah, biarpun payah krn kita ada ALLAH.. Cukuplah ALLAH bagi kita.. ALLAH sebaik2 pemelihara..

INGATLAH..

إن الله مع الصابرين
"ALLAH beserta orang2 yang sabar"

Sabar pun perlu disertakan usaha untuk mendapatkan apa yang dihajati..
pepatah arab ada menyatakan..



Siapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya



Selepas USAHA,DOA menjadi senjata..
InsyaALLAH, ALLAH tidak membebankan hambaNya..
Bahkan,kasih sayang ALLAH meliputi seisi alam..


"HablumminALLAH wa hablumminanNAS"


hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia



tapi yang pasti kita akan kembali kepadaNya..


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
“Tiap-tiap diri akan merasai mati”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...