WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Susu Sedunia..pissss!!!


Harini adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku kerana selama aku hidup baru harinilah yang aku tahu Hari Susu Sedunia..hahaha..agak kelakar bunyinya tapi memang realiti.

Hari Susu Sedunia disambut setiap tahun pada 1 Jun..aku tahu pun mase nak g kerja pagi tadi terdengar dalam radio hot fm.

Sejak dari kecik lagi kita dh minum susu kan..memang dalam al-quran juga ada menyebut :
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (An Nahl: 66)

Memang betul susu ini sangat bagus untuk kesihatan kita dan banyak kalsium..pakar2 juga mengatakan bahawa "pengambilan kalsium dan makanan berkalsium tinggi boleh membantu mengurangkan risiko kanser."

So, kepada kawan2 semua minumlah susu untuk kerana susu berkhasiat untuk tubuh badan kita..yeay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...