WELCOME TO MY BLOG

Sunday, October 31, 2010

Futsal maksak 2010

Buat julung kalinya aku telah membuat penampilan 'antarabangsa' pertama di peringkat tertinggi aku pernah wakili dalam kejohanan futsal Maksak Kebangsaan FAM 2010.
Syukur alhamdulillah pasukan kami telah berjaya memecahkan rekod dengan menjuarai kejohanan ini buat kali pertama dalam sejarah setelah gagal beberapa kali sebelum ini.
Segala penat lelah telah kami buktikan dengan hasilnya di bumi Terengganu bertuah ini.
Tahniah dan syabas serta jutaan terima kasih buat semua pemain, pegawai pasukan dan penyokong.

barisan juara futsal maksak malaysia 2010.
TERENGGANU!!!





RESULT

Group

Terengganu vs Melaka ( 3-2 )
Terengganu vs Perlis ( 6-1 )
Terengganu vs Angkatan Tentera Malaysia ( 3-3 )


Quarterfinal

Terengganu vs Kuala Lumpur ( 2-2 menang penalti 5-3 )

Semifinal

Terengganu vs Selangor ( 0-0 menang penalti 5-4 )

Final

Terengganu vs Angkatan Tentera Malaysia ( 2-1 )

Tuesday, October 26, 2010

Training sempena futsal MAKSAK 2010



Aku telah terpilih mewakili Terengganu dalam kejohanan Futsal Maksak Kebangsaan yang akan berlangsung di Stadium Negeri Terengganu pada 28/10/2010 - 31/10/2010.

Latihan selama sebulan dari awal bulan sehingga kejohanan bermula.Persiapan sangat rapi memandangkan target SUK yang mahukan piala Maksak dibawa ke Terengganu untuk edisi kali ini.

Training seawal jam 8.00pagi hingga 12.00tengahari dikendalikan oleh jurulatih perangkap pemain iaitu Wan Adremy.

Seramai 12 orang pemain termasuk jurulatih dipilih untuk kejohanan kali ini.
Doakanlah kejayaan pasukan futsal Maksak Terengganu berjaya.Peace (",)


Monday, October 25, 2010

Pedoman Hidup

* Tugas pertama seorang lelaki ialah
menjadi dirinya sendiri.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya
memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang
dalam & bahaya.

* Lelaki berani mungkin akan kalah
tetapi tidak akan mengalah.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki
sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi
anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu,
lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi
seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa
anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi
penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam
sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya
ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang
lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah
berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat
sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita
mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki
tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah
perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan
seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan
sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui
kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan
kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu
menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya
dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda
terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku
& kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan
daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya,
jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan
tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah
sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk
membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang
yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari
pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak
akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia
menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan
tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri
adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang
melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang
berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian
kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-
impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat
merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas
anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini
sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama
kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara
yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok yang
memberi anda
perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam
hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk
melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa
yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah
daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin
hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

Saturday, October 23, 2010

ADA APA DENGAN CINTA?


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Wednesday, October 20, 2010

tidak salah perigi mencari timba!


JODOH pertemuan Tuhan tentukan. Setiap orang ada pasangannya masing-masing. Ada yang mendapat jodoh ketika berusia awal 20-an, dan tidak kurang juga yang sudah berusia 40-an baru berpeluang bergelar suami mahupun isteri isteri.


Namun usah berasa tertekan untuk berkahwin hanya semata-mata kerana desakan keluarga atau kerana melihatkan teman-teman sudah berumah tangga. Membina rumah tangga perlukan banyak perhatian dan perhitungan dan tidak boleh tangkap muat saja.


Pernikahan itu satu amanah dan perkahwinan itu kewajipan. Hidup sebagai suami isteri tidak sama dengan hidup ketika sendirian.


Ada perkahwinan membawa bahagia, tidak kurang pula menjadi di sebaliknya. Ada perkahwinan berdasarkan suka sama suka atau diatur keluarga. Memang tidak mustahil bagi seorang wanita melamar lelaki. Tetapi lamarannya itu biarlah dilakukan dengan bersopan supaya tidak pula dikata orang perigi mencari timba.


Lamaran begini memerlukan jasa baik ahli keluarga dan biasanya melalui saudara mara yang lebih tua dan dilakukan secara tidak langsung namun bersopan dan teratur.


Bantuan orang tengah yang dipercayai diperlukan untuk mencari jodoh yang salih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang lelaki yang menjadi calon suami.


Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya sebagai seorang yang salih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis itu. Anda disarankan memperbanyakkan membaca Surah Yusuf.


Dalam zaman serba mencabar ini ramai wanita yg agak berusia masih belum berumah tangga. Namun begitu usahlah terburu-buru untuk mengejar dan mendapatkan sesuatu yang belum diberi restu.


Usahlah risau dan runsing. Allah lebih mengetahui kerana Dia yang mencipta segala-galanya. Jika sudah tiba jodoh pertemuan,anda akan berkahwin juga. Ada orang cepat jodohnya dan tidak kurang pula yang lambat. Sementara itu banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah semoga dipercepatkan pertemuan jodoh anda itu.


Dalam pada itu, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh) memang digalakkan. Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang sesuai. Tindakan ini adalah lebih baik daripada mencari sendiri demi mengelakkan fitnah dan maksiat.


Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman, boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang soleh daripada Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; “Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri (atau suami) serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa.”



Saturday, October 16, 2010

jual mahal atau jual murah?

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.

Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung.

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet



Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.

Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.

Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah enam.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.

Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah enam.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.

Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.

Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.

Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.

Aduh! Saya menjadi semakin bingung.

Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.

Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.


Cinta Islamic



Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.

Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?

Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.

Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?

Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.

Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).

Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.

Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).

Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.

Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?

Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?

Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

sekadar renungan untuk kebaikan kita bersama..fikir2kanlah.peace no scandal!

Thursday, October 14, 2010

Fakta menarik pelik tapi benar

Cuba kita sama-sama fikirkan, kita ini jenis manusia yang macam mana, samada:

1.Manusia yang suka ambil tahu
2.Manusia yang malas ambil tahu
3.Manusia yang tahu, tapi buat-buat tak tahu
4.Manusia yang tak tahu dan malas ambil tahu
5.Manusia yang tak tahu, tapi buat-buat tahu
Agak-agaknya yang mana satu adalah kita? Sambil-sambil kita fikirkannya, apa kata kita teliti 13 fakta menarik lagi benar ini. Mungkin ianya sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang hakikat yang kita sebenarnya dalam golongan yang sedikit sahaja tahunya (baca: ilmu Allah sangatlah luas).

1.Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
2.Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
3.Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
4.Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
5.100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
6.Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
7.Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
8.Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
9.Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
10.Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
11.Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
12.Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..
13.kumpulan Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..
Rupa-rupanya, banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa peka, rajin dan berusaha untuk tambahkan ilmu di dada.

Wednesday, October 13, 2010

Petua orang tua-tua

  1. Cengkih Penawar Sakit Gigi

    Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.

  2. Gambir Penawar Gatal

    Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

  3. Hilangkan Daki dan Bau Badan

    Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

  4. Hilangkan Parut

    Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

  5. Ikan Tidak Hanyir

    Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.

  6. Keputihan Pada Mulut Bayi

    Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.

  7. Khasiat Oat

    Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.

  8. Membuang Lemak Badan

    Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

  9. Mengatasi Gatal Keladi

    Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang.

  10. Melangsingkan Tubuh

    Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

  11. Sengal Tulang

    Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.

Monday, October 11, 2010

MotoGP 2010





1st time dalam hidupku selama ini pergi Sepang Circuit tengok race moto GP..
hanya berbekalkan niat pada hari sabtu malam tanpa dirancang,aku bersama 2 org rakan pergi sepang beb..pehh seronoknya rasa tak terhingga.
sampai jugak aku kat litar Sepang..
semangat nak tengok Valentino Rossi yg merupakan seorang pelumba paling diminati oleh semua penduduk Malaysia.paling ramai peminatnya kt negara kita beb..
Rossi tidak menghampakan peminat nya kat sini..direct kali ni menang lagi di Sepang seperti musim2 sebelumnya setelah agak hambar di litar lain sebelum ini.
walaupun kejuaraan MotoGP milik rakan sepasukan Jorse Lorenzo,namun persembahan Rossi di litar ini sangat menghiburkan.bermula di petak keenam,kemudian tertinggal di petak 11 bukan sesuatu yg mudah utk mengejar petak hadapan.
namun demikian Rossi menunjukkan reputasinye sebagai lagenda dunia MotoGP dengan menamatkan perlumbaan di petak hadapan.
aku sungguh kagum dengan pelumba ini yg sangat hebat.
ikuti beberapa gambar kenanganku di sepang 2010.



Saturday, October 9, 2010

Kisah CINTA dan 4K



....Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.
Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN datang dengan perahunya.
KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemui perahu dan tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama datanglah KECANTIKAN."KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu bersamaku. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku?

Di ketika itu hadirlah pula KESEDIHAN.Lalu CINTA berkata, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.CINTA putus asa........Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.

Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.

Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan.

"Sebab......., kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"







Friday, October 8, 2010

Berhentilah menjilat sampul surat anda!


bodycontact telah menulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

I'm not available

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat pasangan yg betul2 sepadan.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.



Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.InsyaAllah amin..


Tips:

Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Thursday, October 7, 2010

Yang ELOK itu budi, yang CANTIK itu bahasa


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Friday, October 1, 2010

Terengganu buka panggung wayang!


Kini setelah sekian lama menunggu akhirnya Terengganu mempunyai panggung wayang semula. TGV lagi. Tapi panggung wayang TGV tersebut di buka di Mesra Mall, Kemaman, bukan di Kuala Terengganu. Wow seronoknya dah ada panggung wayang di negeri sendiri..hehe.

Sebelum ni klo nak tengok wayang mesti pergi Kuantan coz kat sana paling dekat. Kalo nak g kl jauh sangat.Minat tengok wayang aku sebenarnya sejak kecil lagi. Dulu Terengganu ada panggung wayang tapi telah ditutup.

Seingat aku masa kecik dulu aku 1st time tengok wayang bersama bapak aku kat Panggung Rex sebelah pasaraya Hock Kee Seng.Cerita yang aku tengok mase tu ialah BATMAN RETURNS(1992).Itulah kali pertama dan terakhir aku dpt tgk wayang kat situ sebelum ianya ditutup.

Kini aku dah tak perlu ke negeri lain lagi nak tengok wayang. Biarpun jauh sikit tapi kerana minat aku sanggup.yeah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...