Friday, October 1, 2010
Terengganu buka panggung wayang!
Kini setelah sekian lama menunggu akhirnya Terengganu mempunyai panggung wayang semula. TGV lagi. Tapi panggung wayang TGV tersebut di buka di Mesra Mall, Kemaman, bukan di Kuala Terengganu. Wow seronoknya dah ada panggung wayang di negeri sendiri..hehe.
Sebelum ni klo nak tengok wayang mesti pergi Kuantan coz kat sana paling dekat. Kalo nak g kl jauh sangat.Minat tengok wayang aku sebenarnya sejak kecil lagi. Dulu Terengganu ada panggung wayang tapi telah ditutup.
Seingat aku masa kecik dulu aku 1st time tengok wayang bersama bapak aku kat Panggung Rex sebelah pasaraya Hock Kee Seng.Cerita yang aku tengok mase tu ialah BATMAN RETURNS(1992).Itulah kali pertama dan terakhir aku dpt tgk wayang kat situ sebelum ianya ditutup.
Kini aku dah tak perlu ke negeri lain lagi nak tengok wayang. Biarpun jauh sikit tapi kerana minat aku sanggup.yeah~
Subscribe to:
Posts (Atom)