WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, January 18, 2012

Perempuan menangis kerana apa?


Cuba anda fikirkan sejenak kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Adakah mereka lemah atau mereka memang mudah menangis disamping lelaki?

Terdapat banyak kemungkinan. Seseorang perempuan itu takkan menangis dengan mudah, tetapi apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis kerana anda,
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Pandanglah matanya,
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Bro..
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Bro..
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.


Bro..
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Bro..
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Ini hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...peace

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...