Pages

WELCOME TO MY BLOG

Monday, January 5, 2009

blues remaja dulu2..masihkah kau ingat???














Mesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak singget jer. Bawal bekal air, nasik kicap dan ikan goreng. Nasik lemak kat kantin sekolah 50 sen, air 20sen cekedies 30sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji.Takpun guna nasi. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon.. batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh? Teruk betul lah.. Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Bubbleyum, sugus… ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Geng2 lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Romario, Dunga, Stoickov, Gullit, Tony Adams, Gascoine. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah, atau kdg2 guna kertas gula2 getah sebagai bola. Cuba flashback semula rancangan TV yang menjadi kegemaran kita pada masa tu.. Gabang, Suria bajah hitam, Ultraman, Tundercats, Sinbad, Popeye the Sailorman. Adeh aku tengok cerita Ultraman tu pun sampai menitik air mata. Wahaha.. Hari Jumaat, malam selepas berita TV kita akan layan Tayangan Minggu Ini, filem Melayu. Abis filem Melayu tu kita tengok. Ingat tak cerita Little House on the Prairie, atau Donny and Marry, atau cerita polis Chips? The Incredible Hulk, The Six Million Dollar Man
, The Greatest American Hero, Charlie Angels.. mungkin bebudak hari ni ingat Charlie Angels tu cerita baru.. huhuhu. Masa tu ada Drama minggu ini, Opah.. apa lagi eh daya ingatan aku pun dah semakin lemah di makan usia.hehehe.. Tengok TV pulak pagi-pagi takde siaran TV, kita tengok TV pendidikan. Pukul 3 petang baru ada siaran TV.. kuno betul kan. Waktu petang apa yang kita main, main bola satu gol, rounders, konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak, baling selipar pada tin susu yang kita susun bertingkat dan main tudung oren.Kita buat layang-layang, kita bikin lastik kita lastik burung. Orang tua marah kita, dia kata dia nak lastik burung kita. Kita masuk hutan, kita mandi sungai, cari ikan skila (ikan pelaga), kita laga ayam.. ahaha. Ingat tak kita main getah gelang yang diikat panjang apa kenama permainan tu Zero Point ka apa, start dari bawah, angkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala, kita main lelaki lawan perempuan. Syoknya kita tengok bila budak-budak perempuan lompat getah panjang tu. Kadang-kadang kita main PS2.. perhhh pigidah mana ada semua tu. Kita buat senapang kayu, letak getah gelang di muncung senapang dan tarik sampai ke picu. Buah ceri dan buah terung pipit.. kena tembak auww.. akit nye.Moden skit pon mase kereta Dash Yanturo. Siap beli litar lg main race.hehehe.. Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira kalah, daun itu jadi hak kawan kita. Kita lawan guli, kita lawan getah gelang yang diletakkan atas dua batang kayu macam tiang gol kecik tu, kalau getah tu jatuh ke tanah, getak gelang tu jadi hak milik kita, kalau getah tersebut tersentuh tiang gol tidak di kira, kita kata ‘karan’.. kecik-kecik kita pun dah berjudi.. huhuhu. Dulu kalau nampak pelangi jangan tunjuk nanti kudung tangan, sampai hari ni aku tak tahu apa motif pesanan orang-orang tua masa tu. Jangan main waktu senja nanti kena mata hantu, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, jangan baring dan angkat kaki nanti mak mati. Ingat tak zaman kita bersunat dulu, bersunat takde bius dik.. belasah jer.. aduhaii ni semua sebab nak peluk perempuan punya pasal. Kita gantung kain buat khemah untuk budak kecik yang dah botak tu, standby tempurung kelapa untuk ketuk kepala lutut.. wahaha pedihh pedihh. Masa sembahyang di surau kita kena duk kat saf belakang sebab kita ni tak sunat lagi.. sebab masih berkulup. Apa pantun yang kita belajar dulu? Pecah kaca pecah gelas Sudah baca harap balas.. Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blous biru, baju putih juga. Biasalah kita skodeng aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka match kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat.. sampai terangkat-angkat. Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampo, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita. Apa syllabus kita dulu.. Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kajian Tempatan, Tatarakyat, Tulisan Jawi. Karektor yang mungkin kita masih ingat kisah Pakcik Kordi dengan basikalnya yang kebiru-biruan.. haha. Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, cikgu, peguam. Aku jawab aku nak jadi pilot sbb nak terbang ke seluruh dunia. Kawan aku cakap nak jadi posmen.. hehehehehe Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki. Itu cerita lama kita, kawan-kawan kita dulu entah kemana. Hari ni ada kawan-kawan kita yang jadi businessman yang berjaya, ada yang jadi kuli. Ada yang berjaya dalam hidup dan ada yang dah balik jumpa Tuhan. Ada kawan kita yang tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulang. Sedih kan bila tengok nasib mereka, masa kecik-kecik dulu kita sama-sama bermain tapi bila dah tua ni kita tak mampu nak tunjukkan jalan pulang untuk mereka. Kawan-kawan sepermainan kita mungkin semuanya sudah berkeluarga dan punyai anak-anak. Kalau kita masih boleh berjumpa dengan mereka, pastinya cerita lampau yang kita bualkan.

Lawak




KISAH 1
Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama MakAndeh untuk membeli sebuah kereta.Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.
"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.
"Kenapa abang tanya macam tu?" balas MakAndeh.
"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan…takut tak cukup duit…" jawabPak Pandir.
Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta…
"Saya mahu beli yang ini" kata PakPandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.
Setelah membayar wang pendahuluan, PakPandir memandu kereta itupulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok.Tapi, tak sampai satu jam,Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.
"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!"si penjual kereta berasa sangat hairan.
"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asalsaya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

KISAH 2
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang ke rumah dia. Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik nipandir.
Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami…
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini…dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan….dengan batang ubikayu, jawab Pak Pandir.
Dengan selamba..wartawan-wartawan tadipun meninggalkan pak pandir yang tengah rancak bercerita pasal pokok rambutannya…

KISAH 3
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. PakPandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebungetahnya. Semasa Pak Pandir berjalan ditepi jalanraya besar tersebut, adasebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, diapun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"Mak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu

KISAH 4
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan diMc’Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper… maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung… sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30′an ditepinya… Ahmad namanya… Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad : Bagi Big Mac satu..Pak Pandir: bagi Big Mac satu…Ahmad: Air…Bagi air coke yer…Pak Pandir: Air…Bagi air coke yer…Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir…namun Pak Pandir buat tak tahu ajer…
Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satuyer… ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)Pak Pandir : ooo yer cik…bagi ash-traysatu yer…
Ahmad mula meradang lalu memarahi PakPandir…Ahmad : hoi…yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah…takder otak ker?
Pak Pandir pn dgn geramnye mnjawab..Pak Pandir: Aper… kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ…

KISAH 5
Pak Pandir penternak itik yang berjaya.Hasil pendapatannya yang pertama PakPandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gearsatu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi…Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."
Pak Pandir menjawab, "biar berjimat,habiskan dulu satu persatu."
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belummenjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei… kenapa belum jalan?"
"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.
Setelah setahun, usahanya makin maju.Kemudian Pak Pandir memutuskan untukmembeli kereta. Sampai di lampu merahPak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah.Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanyapolis.
"Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

KISAH 6
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang…
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadisla pulak.Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan.Maknya rendam saja ikan tu dalam air,Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mamposla tu.Mak Andih: ???

KISAH 7
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.
Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durianPak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.
Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.
Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta PakPandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.
Tiba-tiba Pak Pandir kelihatanmarah-marah seraya memberitahu pembelitersebut,
Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini."
Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya… saya bayarlahkesemuanya!"
Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"
Pembeli : "???"

KISAH 8
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu,ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi,tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu,berjalanlah Pak Pandir ke kedai untukmembeli kelambu kerana rumahnya terlalubanyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai,dipasangnyalah kelambu itu pada katilbagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untukberborak-borak. Dicari-carinya PakPandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil.Terkejut si polis kerana Pak Pandirtidur kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?Pak Pandir: Saja….nak tipu nyamuk.

KISAH 9
Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan padamasa itu. Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana. Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin.Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah.
Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buangmasa aku je laaa….
Pak Pandir pun beredar meninggalkanpegawai tersebut terpinga pinga.

KISAH 10
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, PakPandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.
"Hmmm…baik budak ni. Tak buat ragampun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zooitu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkanMak Andeh. "Baik betul anak kita ni,langsung tak menyusahkan saya", PakPandir memberitahu Mak Andeh dengangembira. "Awak pergilah bawak dia mandi,mungkin dia nak berehat agaknya".
Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat diruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"
Jawab Pak Pandir, "Ooohhh….itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukunganaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

KISAH 11
Pak Pandir sedang memandu kereta dilebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandirpun mengangkatnya.
Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati,"Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".
"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu,tapi beratus-ratus!"

KISAH 12
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilangsebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti … "Tuan sayamahu minta cuti seminggu balik kampung,ada urusan keluarga. Bolehkah? Jawabmanager : "Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu. Selepas 14 hari,baru Pak Pandir balik bertugas. Tanya simanager : "Kenapa dua minggu cuti?"Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah..

KISAH 13
Mak Andir : Bang, jika terdapat kecemasan,abg dail 911. Jangan lupa lagi..Pak Pandir : Saya tak lupanya.Tapi masalahnya, saya tak nampak angka 11 ditalipon ini..
………………………………..
Mak Andir: Apasal abg marah kat tokeykedai 2 Ringgit tu?Pak Pandir: Sebab dia tipu. Aku beli 3barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai2 Ringgit
………………………………..
Mak Andir: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita bang.Pak Pandir: Tu lah aku dah cakap dulu,jangan pasang signboard "SILADATANG LAGI"

KISAH 14
Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:"Doktor, doktor kata kalau pakai itukondom, Mak Andih saya tak bolehberanak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anaksaya."
Tanya pegawai kesihatan:"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"
Jawab Pak Pandir:"Saya pakai betul pada tempatnya,cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,sayapun sunatkanlah (khatankan)…"
huhuhuhu..kelakar dop??kalu kelakar,ketawa lah..undilah shaye yerp..ahahahaahahah…miahmiahmiah…sekian sahaja lawak pak pandir,adiosSS!!!
written by, -Andre-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...