WELCOME TO MY BLOG

Thursday, February 16, 2012

Hati tak pernah menipu

Hati: Kau bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.

Fikiran: Aku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.

Hati: Ye ke kau dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa kau masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa kau bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan kau sendiri.

Fikiran: Diam! Diam! Aku benci kau hati. Kenapa kau tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Kenapa kau nak menegakkan jugak benang yang basah!

Hati: Kerana hati itu tulus. Hati itu tak pernah menipu. Kau boleh nak cakap apa saja. Kau boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya kau je yang tahu dan kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau sendiri.

Fikiran: Adakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.

Hati: Aku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa kau lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba kau tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?

Fikiran: Hurm.. Agama? Solat? Al-Quran?

Hati: Ya. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.

Fikiran: Ya Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.



* Ingatlah lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...