WELCOME TO MY BLOG

Thursday, May 5, 2011

Nak kawen mudah jer tapi nak bertanggungjawab tu susah..


Nak kahwin pun nak kena keluar belanja yang besar jugak woo..hehe


Ramai orang kahwin sekarang pada usia muda. Tapi tahukah anda bahawa ramai juga pasangan bercerai pada waktu perkahwinan yang masih belum matang. Dalam hal ini janganlah kita nak kahwin hanya kerana nafsu semata-mata, hanya kerana melihatkan rakan2 kita seusia sudah berkahwin dan mempunyai anak, hanya kerana kita sudah mampu mengeluarkan belanja kawen dan hanya kerana desakan pasangan kita. Semua itu janganlah kita jadikan ukuran. Yang paling utama perlu kita tekankan adalah bagaimana kita hendak menanggung anak bini kita selepas berkahwin nanti.

Masyarakat sekarang terlalu kurang menitik beratkan soal tanggungjawab. Mereka masih kurang lagi ilmu dalam soal rumahtangga. Sepatutnya perkahwinan ini tidak dipandang remeh oleh mereka. Soal kahwin bukan perkara main2.

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan rakan2, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Fikir-fikirkanlah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...