Terlalu banyak perbezaan sifat lelaki dan perempuan yang kita salah tafsir. Antaranya ialah sifat seorang lelaki adalah pemurah manakala kedekut itu adalah sifat perempuan. Sifat kedekut perempuan ini bersesuaian dengan tingkah lakunya dan dipuji sifatnya itu kerana perempuan itu tidak memboroskan harta suami sesuka hati. Begitu juga cemburu yang mana ia adalah sifat bagi lelaki bukannya perempuan. Namun yang demikian, pada zaman sekarang semuanya sudah terbalik. Ia berlawanan dengan sifat yang sepatutnya bagi seorang lelaki mahupun perempuan.
Selain itu memang lumrah la seorang lelaki itu mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya, tidak bagi perempuan yang mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
Lelaki juga lebih suka berahsia atau menyendiri sekiranya ada masalah akan tetapi wanita sebaliknya dimana mereka suka bercerita dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang.
Lelaki juga mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel berbanding perempuan akan tetapi perempuan cinta perempaun adalah sepenuh hati dan setia pd yg satu.
Perempuan selalunya suka mengikut keputusan manakala lelaki suka membuat keputusan. Ini selalunya kita dapat ketahui apabila kita berumahtangga.Lelaki kebiasaannya berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka
panjang tidak sama sekali untuk perempuan kerana pemikiran mereka adalah secara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat.