Pages

WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya Enam itu bidaah


Di antara perkara yang diada-adakan (bid’ah) pada bulan Syawal adalah bid’ah hari raya Al Abrar (orang-orang baik) (atau dikenal dengan hari raya enam) iaitu hari kelapan Syawal.

Setelah menyelesaikan puasa bulan Ramadhan dan berbuka pada hari pertama bulan Syawal -iaitu hari raya 'eidul fitri' - mereka mula berpuasa enam hari pertama dari bulan Syawal dan pada hari kelapan mereka membuat hari raya yang mereka namakan 'iedul abrar' (biasanya dikenal dengan hari raya enam )

Syaikhul Islam lbnu Taimiyah –Rahimahullah- berkata: “Adapun mereka-reka tempoh tertentu selain masa yang disyariatkan seperti sebahagian malam bulan Rabi’ul Awal yang disebut malam maulud, atau sebahagian malam bulan Rejab, tarikh 18 Zulhijjah, Jumaat pertama bulan Rejab, atau tarikh 8 Syawal yang orang-orang jahil menamakannya dengan hari raya Al Abrar ( hari raya enam) ; maka itu semua adalah bid’ah yang tidak disunnahkan dan tidak dilakukan oleh para salaf. Wallahu Subhanahu wata’ala a’lam.

Peringatan hari raya ini biasanya dilakukan di salah satu masjid yang terkenal, para wanitapun berikhtilat (bercampur) dengan laki-laki, mereka bersalam-salaman dan mengucapkan lafaz-lafaz jahiliyyah tatkala berjabatan tangan, kemudian mereka pergi ke tempat dibuatnya sebahagian makanan khusus untuk perayaan itu. (lihat : As Sunan wal mubtadi’at al muta’alliqah bil adzkar wassholawat karya Muhammad bin Abdis Salam As Syaqiriy hal. 166)**

Hari kelapan dari syawal ini orang umum menamakannya sebagai Iedul Abrar (hari raya orang yang baik) iaitu orang-orang yang telah puasa enam hari Syawal. Namun hal ini adalah bid’ah. Maka hari kelapan ini bukanlah sebagai hari raya, bukan untuk orang baik (abrar) dan bukan pula bagi orang jahat (Fujjar).
Sesungguhnya ucapan mereka (iaitu iedul abrar) mengandungi maksud bahawa orang yang tidak puasa enam hari dari Syawal maka bukan termasuk orang baik, demikian ini adalah keliru. Kerana orang yang telah menunaikan kewajipannya maka dia, tanpa diragukan adalah orang yang baik walaupun tentunya sebahagian orang kebaikannya ada yang lebih sempurna dari yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...