Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, April 4, 2012

Minyak Petrol RON97 naik lagi dan lagi!


Tahun 2012 minyak naik, tahun depan naik lagi.Bila nak turun kita semua pun tak tahu.
Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.
10sen jer naik drpd RM2.80 kepada RM2.90, tak banyak mane kan. Tapi tengoklah nanti barang apa pulak yg akan naik..haha
Kenaikan harga ini adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong menurut sumber.
Terimalah kenyataan dengan hati yang ikhlas jujur dan gembira..wakaka

Monday, April 2, 2012

Jodoh itu milik kita

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.



*Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...