Semua orang ada rasa keinsafan diri tapi kadang2 ianya tidak mampu bertahan lama. Insaf sekejap kata orang. Ia sudah menjadi satu fenomena dimana contoh yg boleh saya ambil utk diri saya ialah ketika mendengar tazkirah mahupun ceramah agama. Pada masa itu timbul keinsafan diri yg meluak-luak namun selepas habis jer rasa insaf itu akan hilang begitu sahaja.
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat! Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.
Kebiasaannya setiap orang tidak sama tempoh insaf sekejap dalam diri mereka dimana ada yg mengambil masa berhari-hari dan ada yg hanya beberapa minit sahaja insaf sekejap diorang.
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh. Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Tidak salah melakukan kebaikan tetapi yg salahnya adalah menyekat utk melakukan kebaikan. Mungkin pergaulan kita dengan teman-teman dan keadaan persekitaran banyak mempengaruhi.
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat. Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali. Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.