Pages

WELCOME TO MY BLOG

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu..



Harini merupakan hari paling bermakna dalam hidup setiap orang kerana pada hari ini di minggu kedua hari ahad merupakan Hari Ibu bagi negara kita Malaysia. Setiap tahun hari ibu ini akan tiba dan sebagai tanda penghargaan kepada ibu kita yang membesarkan kita, janganlah kita lupa pada hari tersebut.

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak

Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Yang selalu bagi duit time aku tak cukup....mak

Mak adalah segalanya.

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.....

Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....




Aku cukup bertuah diberi seorang ibu yang tabah dan bekerja kuat menjagaku dan adik2 ku selama ini. Terima kasih mak kerana menjaga makan minum kami. Mak adalah segalanya. Sayang mak sangat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...