WELCOME TO MY BLOG

Sunday, December 8, 2013

Tanggungjawab selepas kelahiran anak

Setiap orang akan berasa teruja dan gembira menyambut kelahiran bayi terutama anak sulung. Disini ada beberapa peranan suami selepas kelahiran anak untuk di take note kan :)
"Rabbi Yassir Wala Tuassir, Rabbi Thamim Bilkhair "



1. Mengazan dan mengqamatkan anak


Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas


Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.



Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :


“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Syarat dan pelaksanaan :


Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.


Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. Hikmah : Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia “azan” dan “iqamat” adalah seperti berikut :-


a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.


b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.


2. Melakukan Sujud Syukur

Para suami juga disunatkan melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).



Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

 


3. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.


Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.


Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.


Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.


Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (1) Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis.




Hikmah :


# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.


# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu.


# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.


# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih.




Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :


Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.


Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.



 
4. Mendoakan anak & memberi nama


Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa - Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.




5. Penyembelihan aqiqah & bercukur rambut


Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.


Hikmah aqiqah.


a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.


b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.


c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.


d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.


e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.


f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.


g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.


h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.


i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.


j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.


k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.


m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.


n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.


o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin



 Bercukur rambut(bukan cukur jambul je haha)


Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah :


Hikmah kesihatan.


Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.



Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :


Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud


Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.


"Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan," ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.


"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. "Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.




6. Menanam uri


Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.


Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

Selain itu, ibu bapa diingatkan  agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.




7. Mengkhatankan anak


Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan..

Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Tuesday, October 29, 2013

Checklist sebelum, semasa dan selepas bersalin

Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.


 Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
 
  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan x kuar banyak.so baby lapar..bagi lah dia susu formula utk alas perut sementara susu badan banyak. ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan , rujuk artikel setitis susu ibu anugerah tak ternilai..)
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  22. Mandian, losen., syampu,bedak..
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu

Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  8. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  9. Bengkung…utk kempiskan balik perut


Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak: 
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..
Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak…tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa…
Jaga tempat jahit elok2 n keringkan…duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.
Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakn sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah.

Thursday, October 17, 2013

Melayu bangsaku!

SAYA harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana! Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban. Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam... Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai. Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah. Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal. Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!. Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku. Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain. Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu. Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya. Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana. Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban? Renungkanglah sejenak!!

Wednesday, September 11, 2013

Iphone 5s dan 5c sudah keluar

Pagi tadi Apple memperlihatkan iPhone 5S dan iPhone 5C, dua peranti pintar terkini mereka. Apakah perbezaan dua peranti baru ini berbanding apa yang ada di pasaran? Mari mulakan dengan 5S. iPhone 5S mempunyai pemproses A7 64 bit pertama di dunia yang menurut Apple adalah jauh lebih pantas dari pemproses yang digunakan pada iPhone 5. Kemampuan optik masih lagi 8 Megapixel tetapi dinaik tarafkan dengan sensor lebih besar serta dua buah flash berbanding satu pada model sebelum ini. Seperkara lagi 5S dilengkapi pengimbas ibu jari pada butang home yang membolehkan anda melakukan unlock serta pembelian AppStore tanpa perlu memuatmasuk kata laluan. Terdapat 3 variasi warna untuk 5S serta 6 pilihan warna untuk casing. Harga saranan iPhone 5S bermula dari USD 649 (RM 2126) sebuah

iPhone 5C pula ialah model yang akan menggantikan iPhone 5 yang dihentikan penjualannya. Ia diperkasakan dengan pemproses A6 dan kamera 8 Megapixel yang sama dengan iPhone 5S. Perbezaan yang ketara ialah kasis polikarbonat baru pada 5C. Terdapat 5 pilihan warna untuk 5C berbanding hanya dua untuk iPhone 5. Selain itu Apple juga menghasilkan casing khas pelbagai warna untuk 5C bagi membolehkan anda mengkustomasikan rupa peranti milik anda. Harga jualan 5C bermula dari USD 549 (RM 1798) sebuah.

Kedua-dau peranti ini akan mula dijual pada 20 September ini. Jika berminat silalah ke Singapura!

Sunday, August 18, 2013

Apabila kemahuan mengatasi keperluan.oh kereta!


Biasa dengar org gaji 5k, tp pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji 4k pandu kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu. instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu. keta hebat takkan nak pakai brand tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe.... kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya. kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan. ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila org tgk kita sampai. bila attend reunion kwn sekolah cthnya, amat berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rumah byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM. cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & pakejnya. byklah opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thun mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang. dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg patut bg org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.

Wednesday, July 24, 2013

Kakitangan awam terima bonus Hari Raya 31 Julai 2013

TERKINI : Seperti yang di hebahkan semalam, PM akan membuat pengumuman bonus hari raya 2013 penjawat awam..akhirnya harapan penjawat awam tertunai. PM Najib mengumumkan bonus sebanyak RM500 dan RM250. Berikut petikan berita sumber dari berita harian.

  KUALA LUMPUR; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. – Bernama

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 2013


 Ahlan wasahlan marhaban ya ramadhan. Alhamdulillah bertemu lagi kita didalam bulan yg mulia dan penuh berkat ini. Bersyukur sangat kepada Ilahi atas kurniaan yg diberikanNya kepada kita semua.
1st time tahun ni puasa bersama isteri tercinta. Semoga dipermudahkan segalanya, dimurahkan rezeki dan di redhai olehNya. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa insaf dan syukur buat semua.
 Dikesempatan ini juga saya nk mintak maaf kpd sape2 shj yg mengenali saya kerana mungkin samada sedar @ tak dgn lisan @ perkataan pernah membuat salah pada kalian semua. Saya hanya manusia biasa yg x pernah lari dari buat salah. Mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada kalian semua.

Monday, June 24, 2013

Al-kisah si kaki kencing yg brusung

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?” Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah. Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang- bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia. Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali. Nye mari debö wèh. Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?” Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir. Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat. Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak. “Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!” Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang! Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Tuesday, May 7, 2013

Oh Ibu engkaulah ratu hatiku


Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.

Sunday, March 3, 2013

Isu pencerobohan Lahad Datu sebab apa Polis bukannya Tentera?


1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..


1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.

Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.



Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...


Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..


Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..

Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

Monday, February 18, 2013

Inilah dinamakan JODOH :)

Alhamdulillah syukur kepada Allah taala dengan limpah kurnia dan rahmatnya aku telah dijodohkan bersama Nor Aida binti Abu Bakar@Abd Razak. Gadis yg aku kenali selama 7 tahun, berkawan dan terus berkawan sehinggalah tarikh 9.2.2013 akhirnya kami bergelar suami isteri.

Sungguh indah janji Allah. Banyak halangan dugaan dan rintangan yg ditempuhi selama ini memberi kekuatan kepadaku untuk teruskan perjalanan hidup. Allah Maha Mengetahui apa yg terjadi. Terima kasih kepadaNya kerana telah men"ijabkabulkan" kami berdua.


Sudah seminggu baru boleh update myblog kerana agak busy hehe..Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan kami baru-baru ini. Doakan kebahagiaan kami. Semoga perkahwinan kami ini diberkati olehNya dan diredhai dunia dan akhirat. amin amin aminn ya robbal alamin :)


Tuesday, February 5, 2013

Pengalaman ngeri serangga masuk dalam telinga OMG

Trauma sekejap bila serangga masuk dalam telingaku dan bermain dlm gegendang.rasa nk pecah pun ada.mmg mcm2 perasaan dtg sbb panik tak tahu nk keluarkan mcm mane.sakit mmg takleh nk ckplah.

Bila dah 2,3 cara reka sendiri tak jd terus cari iPad search kt Google bagaimana cara nk keluarkannya.tak sangka cara ini sangat berkesan iaitu ambik hendset yg ade torchlight, tutup lampu biarkan bergelap dlm bilik dan halakan  torchlight hendset kat telinga, setengah jam keluar jugalah akhirnya.mmg ngeri rasanya bila tgk serangga tu adalah anak lipas.besar beb ggrrrrr..


Sunday, February 3, 2013

For u mylover :)



Kepada insan yang aku sayangi..

Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau. Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri. Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;

 "Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286) 

 Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup. Sayangku, si manis. Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan. Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita. Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya. Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!

 "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139) 

 Wahai sayang, Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;

 "Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

 Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita. Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah. Dari, Insan yang menyayangi dirimu

copyright from Artikel iluvislam.com

Monday, January 28, 2013

Sungguh besar peranan suami!




8 Tanggungjawab suami kepada isteri - Imam Ghazali

1. Mengadakan walimah
Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri
Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.

3. Meraikan isteri
Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.

4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta
Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.

Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkah
Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.

6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab
Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.

7. Tidak membuka rahsia suami-isteri
Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.

8. Setia
Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.


Semoga bermanfaat!

Tuesday, January 15, 2013

Hukum bersalaman, dgn siapa boleh dan siapa yg tak boleh!

1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan ) Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..

2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya.. bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya.. Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki? Jawapannya:

A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.

B- Anak saudara perempuan sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..

C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.

D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.

E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya, tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..

F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.

G- Dengan sepupu pun sama pepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalam


 Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :

“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya” 





# Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam. Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...