Pages

WELCOME TO MY BLOG

Sunday, March 9, 2014

Like father like son

Muhammad Aimannurrahman bin Muhammad Saufi
 

Kategori mati yang baik disisi Allah SWT


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Mengetahui ada menzahirkan tanda-tanda husnul khaa-timah keatas hamba-hambaNya yang beriman, berbuat kebajikan dan beramal soleh sebelum meninggalkan dunia ini. Tanda-tanda ini merupakan suatu kemuliaan daripada Allah SWT kepada simati sebagai sebahagian dari limpah kurniaNya keatas hamba-hambaNya yang beriman.

Juga sebagai khabar gembira kepada keluarga simati bahawa orang tersayang yang telah kembali bertemu Penciptanya dikurniakan "tanda kebaikan" dalam kesudahan terakhir dari kehidupannya di dunia ini.


Perlu diperjelaskan bahawa jika sekiranya salah satu dari tanda-tanda husnul khaa-timah ini diperolehi oleh orang kafir maka ia adalah secara kebetulan semata-mata. Ini kerana tanda-tanda ini terlalu "mahal harganya" untuk dimiliki oleh mereka yang kufur kepadaNya.

Tanda-tanda tersebut ialah:

Pertama: Dapat mengucap syahadah ketika hampir mati. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Haa-kim:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ " لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ" دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya لا إله إلا الله ia dapat masuksyuga.

Kedua: Mati dalam keadaan percikan peluh didahi. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:
مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi.

Ketiga: Mati pada siang atau malam Jumaat. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Maksudnya: Mana-mana orang Islam yang mati pada siang hari Jumaat atau malam Jumaat nescaya Allah menyelamatkannya dari fitnah (soal dan azab) kubur.

Keempat: Mati syahid dimedan perang fisabilillah (pada jalan Allah).Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 169-171:
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ{169} فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ {170} يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ{171}

Maksudnya: Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul mereka bahawa tiada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

Kelima: Mati didalam perjuangan fisabilillah (kerana menegakkan Agama Allah). Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Muslim, Ibnu Maa-jah:
مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (dimedan perang) maka ia mati syahid dan barangsiapa yang mati pada jalan Allah maka ia mati syahid.
Keenam: Mati kerana sakit taun.
Ketujuh: Mati lemas.
Kelapan: Mati sakit paru-paru.
Kesembilan: Mati kerana sakit perut.
Kesepuluh: Mati terbakar.
Kesebelas: Mati dihempap benda keras.
Keduabelas: Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Maa-lik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa-i, Ibnu Hibbaa-n:
الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللهِ: الْمَطْعُوْنُ شَهِيْدٌ وَاْلغَرِقُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ اْلجَنْبِ شَهِيْدٌ وَالْمَبْطُوْنُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيْقِ شَهِيْدٌ وَالَّذِي يَمُوْتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيْدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوْتُ بِجُمْعٍ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Orang yang mati syahid selain mati terbunuh pada jalan Allah (di medan perang) ada tujuh:

1) Mati sakit taun adalah syahid.
2) Mati lemas adalah syahid.
3) Mati sakit paru-paru adalah syahid.
4) Mati sakit perut adalah syahid.
5) Mati terbakar adalah syahid.
6) Mati dihempap benda keras adalah syahid.
7) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya adalah syahid.


Keterangan: Mati syahid terbahagi tiga:
1) Syahid dunia dan akhirat (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang menentang orang-orang kafir).
2) Syahid dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas - seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang - atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3) Syahid akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medanperang menentang orang-orang kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW seperti mati kerana sakit taun dan lain-lain di atas).

Bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan dan diakhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang-orang yang mati syahid – yakni pahala syahid dunia dan akhirat – (Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim Jilid 7 mukasurat 72 cetakan Darul Hadith Al-Qaherah, cetakan pertama 1994 M – 1415 H).

Ketigabelas: Mati kerana penyakit batuk kering. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat at-Thobaraa-ni:
..........وَالسِّلُ شَهَادَةٌ

Maksudnya: Dan mati kerana penyakit batuk kering adalah syahid.......
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri
Daftar Rujukan:
1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Kitab-kitab Hadith yang disebut periwayatannya diatas.
3) Syarah Soheh Muslim, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
4) Ahkam al-Janaa-iz, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Credit to : http://assabil2.blogspot.com hasil nukilan  Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri 

Kadang2 bunyinya pelik...tp itulah kebenarannya..kita tak tau mcm mana cara mati kita kelak...tarikh kematian kita juga dirahsiakan...so, perbanyakkanlah beribadat, bersedakah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...krn semua umat Islam mahukan syafaatnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...