Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, October 29, 2014

Hebatnya cinta ibu kepada anak!


Cinta yang diberikan ibu tak pernah lekang dimakan waktu..tak pernah penat walau sesaat, tak pernah berhenti walaupun matanya terpejam, cintanya pun tak pernah meminta balasan. Sedari kita didalam kandungan, bagaimana beliau selalu berhati-hati menjaga kita, walaupun dengan keadaannya yang lemah lg kepayahan, bagaimana makanan tidak boleh beliau telan, beliau terus berusaha dengan sekuat daya upaya. Ketika waktunya tiba dengan penuh kesakitan beliau berusaha melahirkan kita, dengan peluh yang bercucuran, dengan derai air mata, dengan meregang nyawa, dan begitu melihat bayi mungilnya, seakan setumpuk permata didunia ada dalam buaiannya. Siang dan malam waktunya hanya untuk kita, seakan hari tak pernah malam, dikala matanya terpejam hatinya selalu terjaga. Begitu tergopoh-gopohnya beliau bila kita menangis, berusaha mendiamkan kita dengan memberi kita air susunya yang merupakan energi untuk kita, dengan dendang dan ayunannya membuat kita perlahan tenang dan tertidur dengan nyaman.

 Ketika kita mulai merangkak untuk mulai belajar berjalan dengan lembutnya beliau membimbing kita dengan senyuman dan kesabaran, jika kita jatuh, hatinya gusar, dengan lembut dibimbingnya kita untuk terus berjalan. Saat kita mulai berlari, dengan wajah bahagia dan cemas beliau menemani kita bermain, bahagia kerana kita sudah boleh kesana kemari dengan riang, cemas.. kalau-kalau kita jatuh dan terluka...

 Disaat dunia remaja menyapa kita, beliau selalu bersabar dengan kenakalan dan keinginan kita, selalu ingin diwujudkannya apapun yang kita inginkan, beliau selalu ingin kita selalu tersenyum, walaupun dengan mewujudkan senyum kita, beliau harus menahan perih dan sedih...

 Pun ketika embun-embun cinta kita sudah tumbuh untuk seseorang, Ibu dengan bahagia menghantar kita untuk menjadi seorang manusia seutuhnya di alam pernikahan, senyumnya selalu mengembang, walaupun ibu tahu jika kita akan meninggalkannya, beliau bekali memberikan kita petua dan nasihat untuk kebahagiaan...

 Kini...disaat kita mengandung anak-anak kita, barulah merasakan betapa berat beban beliau diwaktu itu... duhai ibu....disaat anak-anak kita lahir, barulah kita tersedar betapa besar cinta beliau yang tak pernah henti itu, dan ketika anak-anak kita menangis, barulah kita rasakan gusarnya hatinya waktu itu...Saat anak-anak kita mulai remaja dengan gelak tawa, keinginan dan kenakalannya, disitu pula baru kita menyedari begitu berat dan besar cinta ibu untuk kita...

Duhai ibu....maafkan kami bila kami selalu menyusahkanmu dan membebanimu....
Apakah yang bisa kami berikan untuk membalas cinta jasa pengorbananmu ibu? Hanya doa yang tulus yang mampu kami berikan untukmu...
Semoga Allah selalu menyayangi dan menjagamu seperti engkau menyayangi dan menjaga kami diwaktu kecil....

Terima kasih bu...terima kasih.... <3 p="">

Thursday, September 25, 2014

Kucing binatang kesayangan Nabi

 
Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Thursday, September 18, 2014

Harga Lesen Memandu terkini 2014


Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mana harga lesen kereta (kelas D) dan harga lesen motor tidak terlepas daripada gelombang kenaikan harga dek kerana JPJ mahu meningkatkan dan menaiktaraf Kurikulum Pendidikan Pemandu

Seperti biasa ada pertambahan modul,bertambahlah kosnya yang mana akhirnya beban kosnya akn dipulangkan semula kepada pelanggan dan pembayar lesen kereta atau lesen motor.
Masakan tidak pada asalnya diberikan kenaikan harga lesen memandu, lesen kereta naik (kelas D)menjadi RM2,000 manakala harga lesen motor (kelas B2) meningkat kepada RM1,050. Satu kenaikan yang mendadak dan terlalu tinggi untuk diterima oleh kalangan rakyat Malaysia yang berhajat untuk memiliki lesen kereta dan lesen motor yang sah.
Walaubagaiamanapun di atas perbincangan demi perbincangan yang dilakukan akhirnya JPJ telah mengeluarkan kadar yuran bagi harga lesen kereta dan motor berdasarkan siling yang telah ditetapkan baru-baru dan telah mula dikuatkuasakan bermula 1 September 2014 yang lalu.
  • Harga Lesen Motor (B2) : RM350
  • Harga Lesen Motor (B) Berkuasa Tinggi : RM900
  • Harga Lesen Kereta (D) Manual : RM1,150
  • Harga Lesen Kereta (DA) Auto : RM1,250


Wednesday, September 17, 2014

Internet di Malaysia memang slow



Analisa dan kajian yang dilakukan oleh ASEAN DNA terhadap kelajuan dan kepantasan Internet di bagi negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan berita gembira apabila kebanyakan negara dilihat sudah mempunyai akses kepada Internet. Berita kurang baiknya adalah….?

Analisa dan kajian yang dilakukan oleh ASEAN DNA terhadap kelajuan dan kepantasan Internet di bagi negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan berita gembira apabila kebanyakan negara dilihat sudah mempunyai akses kepada Internet. Berita kurang baiknya adalah….?
Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal. Senator Bam Aquino mahukan ada siasatan dan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan. Bagaimana pula caj harga langganan pakej Internet di Malaysia?
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?
Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.

Kelajuan dan kepantasan Internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara.

  • Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan
  • Ada negara kelajuan Internet serdahana, harga tidak munasabah
  • Ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah
  • Ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan
  • Macam-macam pakej harga yang ditawarkan 

Berdasakan semakan Berita Semasa, kelajuan Internet di Singapura adalah terpantas bagi kalangan negara di Asia Tenggara malahan Jepun dengan US boleh kalah dengan negara Kota Singa ini dengan hanya menyediakan purata kelajuan 41.4Mbps & 22.3 Mbps. Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.


Perbandingan Caj Harga Internet di Malaysia Vs Singapore Vs Thailand Vs Filipina?


  • Caj Harga Internet di Singapore (Singtel) : RM95 (15 Mbps Unlimited 
  • Caj Harga Internet di Filipina : RM73 (3Mbps Unlimited)  
  • Caj Harga Internet di Korea Selatan (Hanara Telecom) : RM64 (100Mbps Unlimited) 
  • Caj Harga Internet di Thailand (True Internet) : RM80 (12 Mbps Unlimited) 
  • Caj Harga Internet di Malaysia (TM) : RM199 (10Mbps) 

Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini. Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati?

Monday, September 15, 2014

Harga Minyak Dunia Turun tapi Malaysia tak turun-turun

Harga Minyak Dunia 2014 Terus Turun Bawah US$100 Setong. Harga Minyak RON97 Lebih Murah Berbanding VS Harga Minyak Ron95? 




Semakan Berita Semasa sejak awal bulan September terus menunjukkan harga minyak mentah dunia terus menjunam jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 17 bulan di mana pada ketika ini harga minyak mentah dunia berada di bawah paras US$100 setong dalam dagangan yang terus tidak menentu pada ketika ini. 

Dan di atas sebab ini jugalah kita akan melihat di stesen-stesen minya seluruh Malaysia yang mana apa yang dipanggil subsidi bagi harga minyak RON95 ini menurun untuk bulan September 2014 ini berbanding subsidi minyak RON95 sejumlah RM0.64 sen pada bulan Ogos yang lalu.

Tetapi setakat ini harga minyak di Malaysia belum ada tanda-tanda penurunan. Mungkin mahu dikaji, dikaji dan terus dikaji oleh kerajaan Malaysia. Mungkin?
Yang hanya turun adalah sumbangan pemberian subsidi bagi harga minyak RON95. dan satu lagi berta turun harga minyak adalah melibatkan harga minyak RON97 daripada RM2.85 seliter menjadi RM2.75 seliter turun sebanyak 10 sen yang mana majoriti yang menggunakan minyak RON97 adalah kelompok elit di Malaysia.
Yang menghairan apabila semakan harga minyak RON97 Vs harga minyak RON95 menunjukkan harga minyak RON97 lebih murah berbanding RON95.

Beza Harga Minyak RON97 Vs RON 95

  • Harga minyak RON95 : RM2.10 + subsidi kerajaan sejumlah RM0.68 sen = Harga sebenar RON95?
  • Harga minyak RON97 : RM2.75 dan inilah harga sebenarnya bagi minyak RON97 yang tidak mendapat kelebihan apa yang dipanggil kerajaan sebagai subsidi
Persoalannya mengapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding harga minyak RON97 yang dikatakan lebih berkualiti tetapi lebih murah?

Sunday, September 14, 2014

BR1M vs GST vs Petrol





Tahun depan adalah tahun dimana cukai barang GST 6% dilaksanakan. Kita tidak tahu sejauh mana kebaikannya tapi yg pasti harga barang dari tahun ke tahun naik. BR1M 3.0 juga dikatakan akan ditingkatkan agihan kepada RM950. Dengan keadaan ini sudah pasti harga minyak petrol akan naik. Mungkin sikit mungkin banyak. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebaikan GST ini kepada kita. sumber berkaitan : berita semasa

Monday, August 18, 2014

Cerita bab Jodoh dan Rezeki

Persoalan jodoh ni sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan.. sama macam rezeki, ajal maut dsb. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu nak mengetahuinya termasuklah tukang tilik atau tukang karut. Bila kita tak tahu persoalan jodoh, macam mana kita nak tahu yang seseorang itu adalah jodoh kita, atau bukan jodoh kita? Adakah melalui firasat, tarikan hati, degupan jantung ketika bertentang mata, lambungan duit syiling bunga atau kepala dsb? Kalau kita tak tahu macam mana rupanya kereta, macam mana kita nak tahu yg pilihan kita adalah kereta proton dan bukannya BMW?


Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi.. tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini). 


Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan takde kaitan dengan perbuatan manusia.. seolah2 nak menunjukkan yang Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.. 


Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yg ditentukan Allah.. semuanya bergantung atas manusia itu sendiri..

Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.. Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet2 dsb.


Berbalik kepada persoalan jodoh.. ia sama juga kaedahnya macam rezeki.. kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.. hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah, atau beriman dengan Allah.. Jika kita meyakini usaha kita mencari rezeki sehingga terlupa dari mana datangnya rezeki itu (dari Allah), maka kita akan menjadi seorang yang kufur nikmat, bongkak, busuk hati, kaki busuk dsb.


Tuesday, June 10, 2014

Saat menuju akhirat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Thursday, May 15, 2014

Nabi ku idolaku Muhammad SAW



Ya Rasulullah..
Aku merinduimu..
rindu walau tidak pernah bertemu..
rindu yang hadir seperti salju..
dingin mendamaikan aku..
wahai Rasulku, kaulah KEKASIH hatiku..
Aku ingin BERTEMU denganmu..
Ingin berlari keluar dari kesibukan duniaku..
ya Allah..:'(

Dalam satu riwayat dimana baginda sedang BERKUMPUL bersama sahabat-sahabtnya, di antara para sahabat ada Saidina Umar, Uthman, Ali, Abu bakar dan sahabat yang lainnya..

Lalu baginda BERTANYA kepada para sahabatnya, “Wahai sahabatku, tahukah kalian SIAPAKAH HAMBA Allah yang MULIA di sisi Allah?"

Para sahabat TERDIAM lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata, “PARA MALAIKAT ya Rasulullah, merekalah yang mulia”

Baginda berkata. “Ya, para malaikat itu mulia, mereka DEKAT dengan Allah dan mereka bertasbih, beribadat kepada ALLAH..tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang aku maksudkan.”

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam, dan tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata, “ Ya Rasulullah..tentulah PARA NABI, merekalah yang mulia.”

Nabi MuhammadTERSENYUM, baginda berkata,”Ya, para Nabi itu mulia..mereka adalah UTUSAN Allah di muka bumi dan bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia tetapi ada yang lainnya.”

Para sahabat terdiam, tertanya siapa lagi MANUSIA yang mulia hingga kemudian ada seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah..apakah kami sahabatmu ya Rasulullah?Apakah kami yang mulia itu?"

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu dan tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata, “Tentulah kalian mulia, kalian DEKAT denganku..kalian membantu PERJUANGANKU, bagaimana mungkin kalian tidak mulia..tentulah kalian mulia tapi ada lagi yang lain juga mulia.”

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata-kata lagi. Tiba-tiba Baginda, Nabi Muhammad MENUNDUKKAN wajahnya dan tiba-tiba baginda MENANGIS di hadapan sahabat-sahabatnya. Para sahabat pun tertanya, “ Mengapa Engkau menangis ya Rasulullah.”

Lalu baginda mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana AIR MTA BERLINANGAN membasahi pipi dan janggutnya. Baginda berkata, “Wahai saudaraku, sahabatku..tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia, mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian..mereka TIDAK PERNAH MEMANDANGKU, mereka TIDAK PERNAH MLIHAT WAJAHKU, mereka hidup TIDAK DEKAT dengan aku seperti kalian tetapi mereka begitu RINDU PADAKU. Dan saksikanlah sahabatku semuanya, aku pun RINDU kepada mereka. Mereka yang MULIA itu, merekalah UMATKUUU”

>>> Dan saat itu, Baginda Nabi Muhammad menitiskan air mata dan semua sahabat menangis. Wahai sahabat, siapakah yang dirindui Nabi Muhammad? Siapakah yang sentiasa DIDOAKAN oleh Baginda setiap waktu? Demi Allah, TOLONG TANYA diri kalian masing-masing, sudahkan kita MENCINTAI Nabi Muhammad saw?
Siapakah IKON kalian selama ini? Siapakah ikon anak-anakmu selama ini? Lihatlah bagaimana anak-anak kita yang sudah MELUPAKAN Baginda Nabi Muhammad, mereka LALAI kepada Baginda..mereka tidak ada lagi rasa CINTA, KASIH, SAYANG kepada Nabi Muhammad..mereka BANGGA dengan ikon ARTIS-ARTIS mereka. Mereka bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Sudah BERAPA LAMA kita lalai di dunia ini? Sudah berapa lama kita TIDAK MENDIDIK anak-anak untuk mencintai Baginda, Nabi Muhammad saw? ♥♥♥

>>> Jika kita MENGAKU sebagai UMATNYA, tolong tanya pada diri..sudahkah kita mencinta Baginda? Sudah adakah air mata yang berlinang kerana RINDU kita kepada Baginda? Sudah berapa lama kita LALAI dan LEKA hidup di dunia ini..sudah berapa lama kita MELUPAKAN Baginda Nabi Muhammad saw. Maka, mari sahabat-sahabatku sekalian..kita hidupkan semula rasa CINTA dan RINDU ini di dalam hati, semoga kelak di padang mahsyar..kita akan BERKUMPUL bersama Baginda di sana..amin.

Wednesday, May 14, 2014

Istimewanya Usia 40tahun


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

JOM PAKAT2 Share✔



Monday, March 24, 2014

Otak bayi sangat unik


Sel otak bayi berkembang sangat cepat, terutama pada dua tahun pertama kehidupannya. Dikatakan bahwa pada waktu lahir berat otak bayi sekitar 400 gram. Dan umumnya pada akhir tahun ketiga usia si kecil, beratnya bisa 1200 gram.

Periode ini merupakan periode emas yang menentukan perkembangan kecerdasannya. Berbagai hal tentu akan mempengaruhi perkembangan kecerdasan ini, mulai asupan nutrisi, asupan emosi, dan stimulasi.

Pada kesempatan kali ini MuslimahZone akan berbagi tentang tahapan stimulasi yang dapat dilakukan kepada bayi berdasarkan usianya.    

Usia 0-3 Bulan

Usahakan bayi selalu merasa aman, nyaman, dalam suasana yang menyenangkan. Gendong bayi, peluk, tatap matanya, ajak ia tersenyum, berbicara, berzikir, mengaji, dan perdengarkan dengan berbagai suara (suara mainan seperti rattle). Menstimulasinya penglihatannya dengan berbagai benda berwarna mencolok dan menggerak-gerakkannya agar gerak matanya mengikuti arah benda itu. Latih pula bayi dengan mengguling-gulingkannya ke kanan dan ke kiri, tengkurap, telentang, dan dirangsang untuk meraih dan memegang mainan. Memijat bayi dengan pijatan yang lembut juga dapat menjadi stimulasi emosi yang menyenangkan baginya.

Usia 3-6 Bulan

Bermain cilukba, bersama-sama bunda melihat wajah di cermin dengan beragam ekspresi bisa menjadi rangsangan yang menyenangkan bagi ibu dan bayi. Bayi sudah dapat dirangsang untuk tengkurap, telentang, dan duduk. Rangsangan berbicara seperti diajak berzikir,mengobrol dan bercerita ringan juga terus dilakukan. Stimulasi-stimulasi ini sebaiknya dilakukan berulang.

 Usia 6-9 Bulan

Tambah rangsangan-rangsangan sebelumnya dengan sering memanggil namanya, mengajaknya salim, tos, bertepuk tangan, dan sikap berdoa. Bayi pada umumnya sudah ingin berdiri berpegangan, dan bermain ajrut-ajrutan.

Usia 9-12 Bulan

Ajak bayi untuk mengulang-ulang satu kata yang mudah disebutkan seperti kata mama, papa, ayah, kakak, umma. Beberapa buku parenting Islami menyarankan orangtua untuk merutinkan mengajak bayi melafalkan kata Allah sebagai kata pertama untuk sang bayi. Bayi mulai senang memasuk-masukkan benda ke dalam wadah, menggelindingkan bola, latihan merambat, dan berjalan dengan berpegangan. Sedapat mungkin temani bayi agar permainan mereka semakin menyenangkan.

 Usia 12-18 Bulan

Si kecil dilatih mencorat-coret kertas dengan pensil berwarna, menyusun kubus, balok, mencocokkan puzzle sederhana (dengan potongan puzzle yang besar dan tebal, seperti puzzle kayu). Memasukkan dan mengeluarkan benda kecil dari wadah. Main dengan boneka, sendok, piring, gelas, teko, sapu, lap, tisue. Ia mulai dapat berjalan tanpa berpegangan, jalan mundur, memanjat tangga, menendang bola, dan melepas celana. Latih bayi dengan memberi satu perintah ringan, seperti tolong ambilkan sesuatu, tolong tutup pintu, mencium ibu, ayah atau kakak. Mereka sudah dapat menyebutkan beberapa nama dan menunjukkan benda.

Usia 18-24 Bulan

Stimulasi bisa ditambah dengan menyebut dan menunjuk bagian tubuh seperti mata, hidung, dan sebagianya. Pada masa ini bayi biasanya mengalaminaming explotion (peningkatan kosakata/identifikasi benda yang sangat pesat). Ajak mereka melihat aneka buku bergambar dan sebutkan nama-namanya. Aktivitas bercerita pada tahapan ini menjadi hal yang mereka butuhkan. Biasakan bayi berseru dengan kalimat tayyibah, seperti maasya Allah, Allahu akbar, subhanallah, dst juga mengikuti bacaan surat-surat pendek. Bayi sudah dapat dilatih mencuci tangan, membaca doa, memakai celana dan baju, bermain lempar bola, dan melompat.

Usia 2-3 Tahun

Belajar menggunakan kata sifat dan kata keterangan (besar-kecil, panas-dingin, tinggi-rendah, banyak-sedikit, maju-mundur, depan-belakang, dst). Lalu belajar menyebut nama teman, menghitung benda-benda, memakai baju, menyikat gigi. Biasanya mereka sudah mulai mengikuti mengucapkan doa-doa harian dan bacaan-bacaan Al Quran yang sering mereka dengar. Mereka juga dapat diajak bermain dengan tujuan seperti bermain boneka, masak-masakan, kejar-kejaran, dsb. Stimulasi motorik kasar dengan latihan berdiri satu kaki, meniti jalan sempit, berlomba lari. Toilet training juga sudah lancar dilakukan.

Usia 3 Tahun Ke Atas

Anak mulai mengembangkan otoritas dirinya, mereka mulai senang menucapkan kata penolakan. Saatnya mereka diajak berlogika sederhana, namun yang mesti diingat logika ini bukan bersifat ancaman, tapi lebih pada konsekuensi-konsekuensi logis yang sederhana. Konsekuensi ini juga harus mengandung kebenaran.

Jauhkan anak sedapat mungkin dari alasan-alasan yang mengandung unsur kebohongan atau menyebabkan fobia (seperti menakut-nakuti yang tidak logis). Misalnya menakut-nakuti dengan hantu, gelap, badut, dan sebagainya. Jika mereka menolak mandi misalnya, tanyakan kenapa dan kapan mau mandi, jika mereka sudah menentukan kapannya, hargai keputusan mereka dan ingatkan jika sudah tiba waktunya. Ajarkan konsekuensi jika mereka malas mandi misalnya, badan jadi bau, tidak segar dan tidak sehat. Logika-logika ini menjadi landasan perbuatan yang melekat bagi anak untuk kehidupan mereka ke depannya.

Anak usia ini juga sudah senang berhitung sederhana dan membuat corat-coret dengan lebih berbentuk dan rapi. Aktivitas gunting-mengunting (dengan pengawasan) juga menjadi aktivitas yang mengasyikkan buat mereka.

Thursday, March 20, 2014

Hidup berdikari demi SPM :)



Hidup berdikari masa sekolah teknik kemaman dulu sangat rare.2x sebulan balik kg naik bas.klo tiket bas habis terpaksa naik prebet sapu penuh se van.mane ada insurans cover.klo la ape2 jadi tak ke naya.begitu juga time nak balik asrama.bas tak banyak.klo ade pun penuh dgn mmbr2 satu sekolah.ade jugak budak teknik dungun naik skali dh laluannya sehala.

Kini baru ku tahu pengorbanan ibu bapa bagi duit suruh belajar rajin2.bila teringat mesti terharu.harini result spm keluar.memori lama kembali terukir.teringat kembali masa naik bas thong aik g ambik result spm dari k.trg ke  kemaman dulu.sampai je stesen bas naik prebet sapu pulok ke smteknik kemaman.result spm cukup2 makan je.walaupun result tak power, tp dgn result itu la yg menentukan arah mase depan aku.namun aku tak kisah kerana aku tahu rezeki yg Allah bagi ni luas dan cukup.Dia telah tetapkan kemana haluanku selepas tamat sekolah.

Syukur la aku tak menghampakan ibu bapaku.selepas tamat aku sambung ambik sijil di politeknik.peluang belajar aku utk sambung lg ke peringkat diploma terpaksa aku korbankan selepas mendapat offer kerja.sekarang aku dah ada kerjaya dan berkeluarga.aku dapat rasakan betapa peritnya untuk menyara keluarga.memori mase belajar dahulu menguatkan diriku utk teruskan kehidupan.

Ya Allah Engkau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka.amin Ya Rob

Sunday, March 9, 2014

Like father like son

Muhammad Aimannurrahman bin Muhammad Saufi
 

Kategori mati yang baik disisi Allah SWT


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Mengetahui ada menzahirkan tanda-tanda husnul khaa-timah keatas hamba-hambaNya yang beriman, berbuat kebajikan dan beramal soleh sebelum meninggalkan dunia ini. Tanda-tanda ini merupakan suatu kemuliaan daripada Allah SWT kepada simati sebagai sebahagian dari limpah kurniaNya keatas hamba-hambaNya yang beriman.

Juga sebagai khabar gembira kepada keluarga simati bahawa orang tersayang yang telah kembali bertemu Penciptanya dikurniakan "tanda kebaikan" dalam kesudahan terakhir dari kehidupannya di dunia ini.


Perlu diperjelaskan bahawa jika sekiranya salah satu dari tanda-tanda husnul khaa-timah ini diperolehi oleh orang kafir maka ia adalah secara kebetulan semata-mata. Ini kerana tanda-tanda ini terlalu "mahal harganya" untuk dimiliki oleh mereka yang kufur kepadaNya.

Tanda-tanda tersebut ialah:

Pertama: Dapat mengucap syahadah ketika hampir mati. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Haa-kim:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ " لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ" دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya لا إله إلا الله ia dapat masuksyuga.

Kedua: Mati dalam keadaan percikan peluh didahi. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:
مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi.

Ketiga: Mati pada siang atau malam Jumaat. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Maksudnya: Mana-mana orang Islam yang mati pada siang hari Jumaat atau malam Jumaat nescaya Allah menyelamatkannya dari fitnah (soal dan azab) kubur.

Keempat: Mati syahid dimedan perang fisabilillah (pada jalan Allah).Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 169-171:
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ{169} فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ {170} يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ{171}

Maksudnya: Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul mereka bahawa tiada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

Kelima: Mati didalam perjuangan fisabilillah (kerana menegakkan Agama Allah). Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Muslim, Ibnu Maa-jah:
مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (dimedan perang) maka ia mati syahid dan barangsiapa yang mati pada jalan Allah maka ia mati syahid.
Keenam: Mati kerana sakit taun.
Ketujuh: Mati lemas.
Kelapan: Mati sakit paru-paru.
Kesembilan: Mati kerana sakit perut.
Kesepuluh: Mati terbakar.
Kesebelas: Mati dihempap benda keras.
Keduabelas: Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Maa-lik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa-i, Ibnu Hibbaa-n:
الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللهِ: الْمَطْعُوْنُ شَهِيْدٌ وَاْلغَرِقُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ اْلجَنْبِ شَهِيْدٌ وَالْمَبْطُوْنُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيْقِ شَهِيْدٌ وَالَّذِي يَمُوْتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيْدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوْتُ بِجُمْعٍ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Orang yang mati syahid selain mati terbunuh pada jalan Allah (di medan perang) ada tujuh:

1) Mati sakit taun adalah syahid.
2) Mati lemas adalah syahid.
3) Mati sakit paru-paru adalah syahid.
4) Mati sakit perut adalah syahid.
5) Mati terbakar adalah syahid.
6) Mati dihempap benda keras adalah syahid.
7) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya adalah syahid.


Keterangan: Mati syahid terbahagi tiga:
1) Syahid dunia dan akhirat (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang menentang orang-orang kafir).
2) Syahid dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas - seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang - atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3) Syahid akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medanperang menentang orang-orang kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW seperti mati kerana sakit taun dan lain-lain di atas).

Bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan dan diakhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang-orang yang mati syahid – yakni pahala syahid dunia dan akhirat – (Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim Jilid 7 mukasurat 72 cetakan Darul Hadith Al-Qaherah, cetakan pertama 1994 M – 1415 H).

Ketigabelas: Mati kerana penyakit batuk kering. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat at-Thobaraa-ni:
..........وَالسِّلُ شَهَادَةٌ

Maksudnya: Dan mati kerana penyakit batuk kering adalah syahid.......
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri
Daftar Rujukan:
1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Kitab-kitab Hadith yang disebut periwayatannya diatas.
3) Syarah Soheh Muslim, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
4) Ahkam al-Janaa-iz, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Credit to : http://assabil2.blogspot.com hasil nukilan  Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri 

Kadang2 bunyinya pelik...tp itulah kebenarannya..kita tak tau mcm mana cara mati kita kelak...tarikh kematian kita juga dirahsiakan...so, perbanyakkanlah beribadat, bersedakah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...krn semua umat Islam mahukan syafaatnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...