Pages

WELCOME TO MY BLOG

Thursday, February 23, 2012

KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54 ??


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Sunday, February 19, 2012

Ghost Rider II is comeback


Semalam berkesempatan tengok filem aksi lucu dan gempak lakonan aktor terkenal hollywood, Nicolas Cage dlm filem terbarunya Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance.
Memang terbaiklah layan 3D. Penuh dengan aksi dan tidak membosankan langsung..hahaha rugi kalo tak tengok.

Sinopsis
Mengisahkan Johnny Blaze(Nicolas Cage) menjalani hidup terasing kerana memiliki kuasa. Dalam cuba memahami kuasa yang diperolehnya daripada perjanjian dengan syaitan itu, dia sebenarnya masih mempunyai jiwa mulia manusia yang mahu menggunakan kuasanya pada saluran yang betul.

Blaze mendapat kekuatan dari neraka setelah menjual jiwanya kepada setan bernama Mephistopheles pergi ke sebuah daerah di Eropah Timur. Di daerah tersebut, Blaze juga mencari orang yang boleh melepaskannya dari perwatakan Ghost Rider. Dia tidak menyukai kekuatan tersebut.

Dalam perjalanan tersebut, Blaze bertemu dengan seorang pendeta yang bernama Moreau (Idris Elba). Dia meminta Blaze untuk melindungi seorang ibu dan anak yang dikejar Roarke Carrigan (Johnny Whitworth). Carrigan sebenarnya adalah manusia biasa yang mendapat kekuatan dari iblis. Tidak cukup sampai di situ, iblis juga ingin merasuki jiwa bayi yang baru saja lahir.

Hal tersebut memaksa Blaze untuk kembali menggunakan kekuatan setannya. Dia harus melawan kekejaman Carrigan yang juga memiliki kekuatan seimbang dengan Blaze.
Untuk mengetahuinya lagi ayuh serang panggung. Tak rugi beb kompem puas hati.okbai

Thursday, February 16, 2012

Hati tak pernah menipu

Hati: Kau bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.

Fikiran: Aku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.

Hati: Ye ke kau dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa kau masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa kau bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan kau sendiri.

Fikiran: Diam! Diam! Aku benci kau hati. Kenapa kau tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Kenapa kau nak menegakkan jugak benang yang basah!

Hati: Kerana hati itu tulus. Hati itu tak pernah menipu. Kau boleh nak cakap apa saja. Kau boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya kau je yang tahu dan kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau sendiri.

Fikiran: Adakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.

Hati: Aku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa kau lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba kau tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?

Fikiran: Hurm.. Agama? Solat? Al-Quran?

Hati: Ya. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.

Fikiran: Ya Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.



* Ingatlah lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”

Tuesday, February 14, 2012

Semakan semula gaji SBPA

Setelah perbincangan dan penelitian dibuat, satu draf baru bagi gaji sbpa telah dibuat tapi tak dinyatakan dengan jelas apakah ini benar ataupun tidak yang pasti kita perlu menunggu ianya dilaksanakan.

Kalau diperhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan.
Mungkin isu ini akan berlarutan sekiranya ketidakpuasan hati masih membelenggu kakitangan awam. Sama-samalah kita tunggu formula gaji baru sbpa ini terlaksana.

Tangga saji baru.mungkinkah??

Monday, February 6, 2012

Tak salah menegur kalau kena pada caranya!

Ramai orang kat dunia ni suka menjadi hakim. Maksudnya menjatuhkan hukum dengan sendirinya.hehe.. Sebenarnya kita mestilah menegur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan terhadap seseorang sekiranya ianya salah. Sebab itu menegur ini tak salah kalau kena pada caranya. Kita mestilah:-

  1. Berani - Ya amatlah perlu dan tersangatlah mestinya menjadi berani apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Kenapa berani?. Kerana, kita perlukan seorang yang boleh memulakan langkah untuk menegur. Seorang saja dah cukup tapi jangan lah lupa backup ya. Tak ada backup tak jadi jugak. Hahaha. Sebab kebiasaannya, apabila seorang dah memulakan langkah, yang lain-lain pun akan jadi berani nak bersuara juga. tak begitu..?
  2. Cara - Kalau dah tahu orang yang hendak ditegur itu seorang yang baran/ego tak bertempat, carilah cara yang paling selamat untuk menegur. Setiap sakit ada penawar & setiap masalah ada jalan penyelesaian. Ingat tu. Cakap dengan suara yang paling paling palinglah lembutnya dulu. Jangan terus tuju pada apa yang hendak disampaikan. Alihkan dulu perhatian si dia tu. Ha.. Lepas itu barulah masuk sikit demi sikit. Hehehe.
  3. Tegas - Ada orang yang memang tak kena cara tegur yang lembut. Maksudnya, ada sesetengah yang kita memang kena berkeras dan menggunakan ketegasan dalam menegur. Bukan kurang ajar tapi ini sajalah caranya yang ada. Orang pahang kata orang-orang yang perlu ditegur sebegini sebagai ‘babei’. Bukan ‘babi’ ya.hihi.. Sebut biar betul sikit. Dalam erti kata lain ‘babei’ tersebut adalah degil.
“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”

Friday, February 3, 2012

Perkahwinan itu ibadat

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah

Hukum asal bagi perkahwinan adalah HARUS. Namun hukum ini boleh bertukar kepada wajib,sunat,haram dan makruh mengikut beberapa situasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...