Pages

WELCOME TO MY BLOG

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2011


"Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramadhan)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.

Ramadhan juga adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Pada tahun ini, kita akan berpuasa selama 29hari sahaja mengikut kaedah rukyah dan hisab dimana ianya tidak sampai 30hari. Puasa akan bermula pada hari 1 Ogos 2011 sehingga 29 Ogos 2011. Maka kita akan meraikan Hari Raya pada 30 Ogos 2011.

takwin masihi / hijrah 2011

Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Buatlah amal kebaikan untuk mendapat ganjaran pahala drpd Allah Taala. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...