Pages

WELCOME TO MY BLOG

Thursday, May 26, 2011

Pengambilan Baru dan Kenaikan Pangkat Sektor Awam Beku

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pemansuhan/pembekuan semua jawatan kosong bermula 20 Mei hingga 31 Ogos 2011 berkuat kuasa 1 Jun ini.

Dengan demikian, Pihak Berkuasa Melantik hendaklah memastikan urusan pengambilan baru dibekukan sehingga 31 Ogos 2011 kecuali urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temuduga untuk pelantikan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.

Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

‘‘Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.

Dato’ Sri Abu Bakar Hj Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) menasihatkan supaya agensi tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan jawatan dalam tempoh tersebut. Jabatan Perkhidmatan Awam juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi Kerajaan.

‘‘Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,’’ jelasnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...