Pages

WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, July 20, 2010

Buat temanku yang disayangi


Teman...
Sesungguhnya masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita..hari-hari yg berlalu dilalui dengan pelbagai cerita suka dan duka...tangis dan tawa..begitu juga dgn kita semua...kekadang kita menangis..kekadang kita bergelak ketawa...kekadang kita bermuram durja..semua itu adalah lumrah hidup di dunia..

Teman...
Dlm hidup ini semua orng akan merasai apa itu kekecewaaann & kebahagiaann...penderitaan kehilangan orng yg tersayang...mahligai yg diimpikan tidak kesampaian...lantaran dari itu kekecewaan datang mengundang...

Teman....
Anggaplah setiap apa yg berlaku pasti ade hikmahnya...hikmah yg tersembunyi yg kita tidak ketahui ceritanya...walaupun pahit untuk ditelan..tapi itulah kehidupan...dan itulah kenyataan..yg pasti yg pahit itulah biasanya penawar kedukaan...pengubat kekecewaan akhirnya...

Teman...
Mengapa perlu kita berubah sikap hanya semata2 kekecewaan yg melanda dlm hidup kitaa??? hanya semata2 kita kehilangan orng yg tersayang??? yg telah kita impikan masa depan bersamanya...tidak pernahkah engkau rindu akan dirimu yg sebelumnya??? yg penuh dgn sikap yg murni...penuh dengan kesetiaan..penuh dengan tanggungjawab..taat pada ajaran sebagaimana yg dianuti dan dipegang selama ini....kenapa perlu musnahkan semua itu hanya kerana seseorang????

Teman...
Itulah namanya dugaan & ujian..sebagai insan biasa kita tidak lekang dari diuji dgn ujian dan dugaan hidup..makin kita ingin berubah makin kita akan diuji dengan pelbagai dugaan..tapi percayalah wahai teman..Allah tidak pernah menganiayai hambanya..pasti ada kebaikannyaa...pasti ade hikmahnyaaa..pasti ada kelebihannya...

Teman...
Setiap kekecewaan yg bertandang pasti ade hikmahnyaa..kita tidak tahu apa yg terbaik tuk diri kita dan masa depan kita...mungkin apa yg kita rasa baik tuk kita sebenarnya buruk tuk kita..dan apa yg kita rasa buruk tuk kita sebenarnya baik tuk kitaa....hanya Allah yg mengetahui...kekadang kita bertanya pada diri sendiri..kenapa jadi macam ni???kalaulah aku tak buat macam ni..tentu takkan jadi begini....inilah yg seringkali bermain difikiran kita bila berlaku sesuatu yg tak diingini dlm hidup kita...tapi teman..ingatlah..semua yg berlaku hanya akan berlaku dgn keizinannyaa...itulah yg dinamakan qada & qadar..redhalah dgn segala ketentuan yg telah direncanakan untuk kitaa....

Teman....
Tiada sesiapa dlm dunia ini mengharapkan kekecewaan & kegagalan dlm hidup mereka...tiada sesiapa yg menginginkan penderitaan & kesengsaraan..tetapi teman..itulah yg seringkali terjadi pada kita...hidup tidak selalunya indah..tidak seindah pelangi..sesungguhnya begitu sukar untuk mencari kebahagiaan..melarik impian...yg belum pasti keputusannyaa...

Teman...
Ayuh bangkitlah dari kekecewaan..kuatkanlah semangat..tabahkanlah hatimu...tetapkan lah iman..hanya itu yg mampu menolong kita tuk menjadi seorang insani yg gemilang..jgn disebabkan kisah silam kita berubah sikap..berubah bukan kepada kebaikan..tapi kepada keburukan..anggaplah apa yg terjadi sbgai satu pengajaran..pengajaran tuk masa depan..itulah ujian...Allah hanya akan menguji orng2 yg disayanginya sahaja..jadi bersyukurlah kerana kita adalah insan yg tergolong di kalangan tersebut..tetapi teman..harus diingat..janganlah kita kalah dgn ujian yg mendatang..rebah ditepian sebelum sempadan...bangkitlah demi masa depan dengan penuh harapan...

Teman....
Renunglah sejenak..apakah yg diinginkan olehmu dlm hidupmu ini??? hidup ini hanya sementara..tah esok atau lusa kita telah tiada..setiap apa yg kita lakukan akan ada perhitungannyaaa...mampukah kita tuk menerimanyaa...carilah bekalan tuk menghadapinya...carilah teman yg mampu membawa membawa kebaikan padamu..sanggup susah senang dgnmu..sanggup menegurmu..teman..carilah dirimu yg sebenrnyaa...dirimu yg telah hilang dimamah kekecewaan...

Teman....
Lupakanlah sejarah silam....apa yg berlaku semalam telah menjadi sejarah pada hari ini...setiap perkara yg telah berlalu takkan kembali lagi..lupakanlah semalam tuk kebahagian masa depan...jgnlah dipendamkan kekecewaan kerana ia akan menutup kebahagiaann..biarkanlah ia pergi demi masa depan..redhakan lah dengan apa yg berlaku...

Teman...
Ingatlah..kebahagiaan..ketenanagan..kedamaian..tidak akan dapat dicapai ditepian pantai..dikelab2 malam ataupun ditaman2 permainan..kedamaian & ketenangan hanya akan dapat dicapai bila kita bersamaNYA..bermunajat kepadaNYA..mengingatiNYA..menj auhi apa yg dilarangNYA...sesungguhnya hanya dengan itu engau akan temui ketenanagn dlm erti kata yg sebenarnyaa...ketenangan yg hakiki..yg tidak engkau kecapi sebelum ini...

Teman....
Ingatlah..setiap makhluk di atas muka bumi ini telah dijadikan berpasang-pasangan..usahlah kau risau kerana kehilangan orng yg tersayang pada hari ini..kerana Allah itu maha Mengetahui..akan ade pengganti yg lebih baik darinya yg akan menemani mu esoknya nanti..sesunguuhnya itulah yg terbaik buat dirimu...yg pastinya dia akan mampu menerimamu seadaanya..menyayangimu dan mampu membuat mu tersenyum dikala engkau kedukaan...

Teman...
Jujurlah dengan dirimu sendiri..perasaanmu sendiri..dimana letak hatimu..usahlah dibahagi-bahgikan ia kepada yg tak sepatutnya..belajarlah tuk setiaaa...supaya kelak engkau tidak akan kecewa...kecewa dgn sikapmu sendiri..

Teman...
Kemaafan kupohonkan andai bicara ini mengguris perasaan..mengundang kesedihan..mengocak kedamaian..cuma pada saat ini..terdetik dihati ini untuk melarik coretan sekadar renungan buat seorang teman...




I love you all and miss u all..

Thursday, July 15, 2010

Boyfriend vs Girlfriend

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"

"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."

"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."

"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."


*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***


"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"

"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


*** PENONTON TERCENGANG! ***

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"

"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim


Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."


"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".


"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".


Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"

"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".


"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"


"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???

"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??

Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?

Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.

Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.

Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?

Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"


*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***


"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


*** TUKAR CHANNEL BALIK ***


"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolakdengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."

Wednesday, July 14, 2010

Mencari sinar.fm

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Hari ini aku ingin kongsikan kepada anda semua apa yang terjadi dan apa yang aku rasai dalam diri aku ketika dan saat ini.

Hidup aku penuh dengan kebebasan. Aku sempurna sama juga dengan anda semua.
Walaupun aku dalam keluarga sederhana, aku tetap bersyukur pd Yang Esa.

Aku tidak dapat nafikan yang menjadi seorang ketua amatlah berat bebanannya.
Terasa sangat sukar untuk membentuk adik2 ku yang lain.Aku masih perlu belajar dan terus belajar.Usia aku sudah meningkat.

Aku masih mencari sinar kebahagiaan dalam hidupku.Walaupun hari2 keseronokan terpancar pada wajahku namun jiwaku masih kosong.Aku sekadar berdoa dan terus berdoa memohon kesejahteraan diriku dan keluargaku.

Setiap apa yg berlaku pasti ade hikmahnya.Hikmah yg tersembunyi yg kita tidak ketahui ceritanya.Walaupun pahit untuk ditelan tapi itulah kehidupan dan itulah kenyataan.Yang pasti yg pahit itulah biasanya penawar kedukaan, pengubat kekecewaan akhirnya.

Sebagai insan biasa kita tidak lekang dari diuji dgn ujian dan dugaan hidup..makin kita ingin berubah makin kita akan diuji dengan pelbagai dugaan..tapi percayalah, Allah tidak pernah menganiayai hambanya.Pasti ada kebaikannya, pasti ada hikmahnya dan pasti ada kelebihannya.


Setiap kekecewaan yg bertandang pasti ade hikmahnyaa..kita tidak tahu apa yg terbaik tuk diri kita dan masa depan kita...mungkin apa yg kita rasa baik tuk kita sebenarnya buruk tuk kita..dan apa yg kita rasa buruk tuk kita sebenarnya baik tuk kitaa....hanya Allah yg mengetahui...kekadang kita bertanya pada diri sendiri..kenapa jadi macam ni???kalaulah aku tak buat macam ni..tentu takkan jadi begini....inilah yg seringkali bermain difikiran kita bila berlaku sesuatu yg tak diingini dlm hidup kita tapi ingatlah..semua yg berlaku hanya akan berlaku dgn keizinannyaa...itulah yg dinamakan qada & qadar..redhalah dgn segala ketentuan yg telah direncanakan untuk kitaa....

Tiada sesiapa dlm dunia ini mengharapkan kekecewaan & kegagalan dlm hidup mereka...tiada sesiapa yg menginginkan penderitaan & kesengsaraan..tetapi itulah yg seringkali terjadi pada kita...hidup tidak selalunya indah..tidak seindah pelangi..sesungguhnya begitu sukar untuk mencari kebahagiaan..melarik impian...yg belum pasti keputusannyaa...


Allah hanya akan menguji orng2 yg disayanginya sahaja..jadi bersyukurlah kerana kita adalah insan yg tergolong di kalangan tersebut namun demikian harus diingat..janganlah kita kalah dgn ujian yg mendatang..rebah ditepian sebelum sempadan...bangkitlah demi masa depan dengan penuh harapan...


Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Dunia 2010

Sepanyol telah berjaya merangkul kejuaraan pada Piala Dunia 2010 dengan menewaskan Belanda 1-0.Kejayaan berganda ini setelah berjaya merangkul kejuaraan Eropah 2 tahun lalu telah menjadikan Sepanyol salah satu gergasi bola sepak di muka bumi ini.Dengan kejayaan ini, Sepanyol telah mengungguli carta kedudukan teratas FIFA.
Berikut adalah beberapa aksi panas kedua2 pasukan dan kejayaan pasukan Sepanyol pada Piala Dunia kali ini.



"ambik kau.."



"habislah aku...oh tidakkkkkkkk.."



insiden kad kuning yg paling banyak dalam final WC.."ambik kad ni buat balik yer.."




peluang keemasan yg gagal disempurnakan oleh Arjen Robben.good saves from Iker Casillas.




kerugian amat dikesali.."arghhh,ruginya aku!"



sedih giler siot..



"waaa..3x dh gagal..oh no"



wira yg memusnahkan harapan Belanda..Andres Iniesta



Juara terulung WC2010.


We are the Champions


1 bintang..kamilah sang juara!!!

Sunday, July 11, 2010

Milik siapakah WC2010

World Cup 2010 bakal berakhir dan banyak kejutan berlaku. Untuk tahun ini, tiada pasukan pilihan dan tiada pasukan underdog. Semuanya sama. Bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi. Demam World Cup 2010 hampir sampai ke kemuncaknya.

Milik siapakah World Cup 2010 ini??sama-sama lah saksikan!


Sotong VS Burung

VS
team mana paling hebat di dunia??

siapa penjaring terbanyak??
Saksikan perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 pagi nanti jam 2.30am !!!

Kenanganku..

Kenangan dulu2 menggamit aku untuk berkongsi dgn korang semua.
Kali ni aku ingin berkongsi dengan korg semua tentang citer kartun jepun masa tahun 90an yg selalu aku tengok masa kecik2 cili padi dulu.Korg mesti suka tgk TV kan???
Banyak citer2 best masa kecik dulu.Seingat aku lah kan,citer yg ada dulu antaranya;


Jetman


Cybercop


Ultraman


Gaban


Suria Baja Hitam


Maskman


Power Rangers


Flashman


Masa sekolah rendah dulu, aku sanggup ponteng mengaji semata-mata nak tgk citer suria baja hitam kegemaran aku nih ha.Memang best giler citer nih, aku takkan lupakan.

Korg jgn lupe semua ni sbb zaman sekarang budak2 tak sempat dah nak layan bende2 ni. Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite je tetap sama.

Buat korang yang pernah ade minat menonton rancangan tv kat atas,mesti korang tersengeh2 bace mende nih kan.Tapi bila aku teringatkan tentang citer2 nih semua pasti bergenang jugak air mata aku tau.hehehe..

Friday, July 9, 2010

Renung2kan dan selamat beramal



"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kearah kesabaran."

"La takrobuzzina."janganlah kamu mendekati zina.

"Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara." ingat sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

"Setiap yang bernyawa akan merasai kematian…” .mati tidak akan cepat dan lambat walau sesaat pun.

"Berjuanglah selagi kita mampu dan hiduplah dengan memberi sebanyak-sebanyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya."










Bila hati sudah sayang...



Biler kiter syg org tu,
Kita tunggu dia lame pun x per,
Tapi biler dia tunggu kiter???dia marah2...
Hati kate ala, adatlah ada yang menunggu & ditunggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pun x pe layan dia yg tengah bosan,
Tapi biler kite bosan, ada dia layan kiter???
Hati kate, x pe dia busy kott!!!



Biler kiter syg org tu,
Kita gaduh ngan dia, kita diam jer...
Tapi dia heboh 1 dunia...
Hati kate x per, dia tension tue...



Biler kiter syg org tue...
Kita call nak ckp dengan dia...
Tapi dia bagi phone kat org len atau matikan...
Biler jd cam2, x per...
Hati kata, x pe...lyn je, kawan dia kawan kiter gak...



Biler kiter syg org tu...
Kita bercerita dengan dia, citer dengan
tunggul lagi baik...

Tapi biler dia bercerita dengan kita???
Kita dengar, sepatah2 kite kena ingat...
klu x ingat kita yang kena marah
Hati kata x pe, syg katakan…

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lapar...
Tapi kiter bagi sume makanan kita kat dia...
Hati kata, ala jaga lah hati dia, sian dia…




Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bagi dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia suruh jugak kiter lyn dia bila dia bosan...
Adil ker???Hati kata, ala bukan selalu pun...





Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dengar dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x per, x kan dia nak berkepit ngan kita 24 jam...






Biler kiter syg org tu,
Kita x pernah pentingkan diri sndiri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban..
Hati kata x per, dia memang cam2 kene lah terima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nak tinggalkan dia selama2nya,
Tapi dia x tahu kiter berdepan dengan maut,
Walopun kiter sakit,dia kata kat kiter, sakit bese2 jer, jangan nak mengarut...
Hati kata, camnelah dia biler kiter x de, mesti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x sanggup tengok dia derita,
Tapi dia x pernah hargai diri kiter,
Hati kata, tau x betapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia...
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kiter??
Hati kata, x pe, janji dia bahagia...



Dan...
Biler kiter dah tingglkan dia selama2nya...
Dia datang ziarah pusara kiter...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kiter tunggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukan call kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kiter kelaparan sebab dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rehat kiter...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tengok penderitaan kiter...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....





HARGAILAH ORANG YG KITA SAYANG...

Thursday, July 8, 2010

Suratan atau Kebetulan


1 - 0 (Carles Puyol-m73)




Tahniah Spain dan Si Sotong Paul Germany.

Benarkah atau kebetulan ??sungguh luar biasa..Jerman terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kpd Spain namun yg menjadi topik hangat ketika ini reaksi Sotong Paul ini yg awal2 lg sudah meramalkan Spain akan memenangi perlawanan semi final wc2010..

Selepas ini apakah yg berlaku dengan cerita dongeng Sotong Paul ini..sama2 lah kita saksikan..
Apa-apa pun tahniah Spain kerana mara ke Final WC2010 dan akan bertemu Holland..Siapa yg akan muncul juara sama2 kita tunggu dan saksikan..say no racism..peace!

Tuesday, July 6, 2010

Sutun oh Sotong~


Masih ingatkah anda tentang cerita ini??hehehe..saje jer gimik sebenarnya..xde ape yg menarik pun..oklah.

Sudah agak lama gua tak men-update-kan blog gua nie.. ntah ape nak ditulis.. hurmmmm..

Tadi sampai ofis buka facebook,bace paper pastu terbaca lah pasal sotong ajaib nih ha..agak luar biasa sotong ini kerana dapat menilik dan meramal dgn tepat keputusan perlawanan World Cup 2010 melibatkan pasukan Jerman..


0-4

4-1


0 - 1
Al-Kisah Sotong Ajaib :
Sotong bernama Paul, yang berusia dua tahun dan berasal dari England, bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan seratus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman, termasuk saingan suku akhir menentang Argentina, yang menyaksikan mereka menang besar 4-0.

Lebih menarik, sotong yang kini ditempatkan di sebuah akuarium di Jerman meramalkan Serbia akan mengalahkan Jerman pada saingan Kumpulan D dan pasukan itu benar-benar kalah 0-1.
Selasa lalu, Paul diberi pilihan untuk memilih makanan yang diletakkan dalam dua bekas plastik berbeza di dalam akuarium, setiap dua plastik itu mengandungi bendera Argentina dan Jerman.
Bekas plastik yang pertama dibuka Paul dikira sebagai pilihan yang dibuatnya. Paul berlegar-legar di dalam akuarium dengan berhati-hati dan mengambil masa selama 45 minit untuk membuat keputusan, sebelum memakan makanan di dalam bekas yang mengandungi bendera Jerman.

Keputusan yang dibuat terlalu lama itu telah memberi anggapan bahawa Jerman akan beraksi dengan sukar dalam perlawanan tersebut, sama ada ia akan berlarutan sehingga masa tambahan atau penalti, namun Jerman menang mudah 4-0.
Sebelum perlawanan pusingan kedua antara Jerman dengan England, Paul memilih dengan pantas makanan yang mengandungi bendera Jerman, sekali gus ia memberi petanda bahawa Jerman akan mencatat kemenangan mudah dan ia ternyata benar.

"Ia mengambil masa yang lama untuk Paul memilih bagi perlawanan Argentina-Jerman, walaupun dia telah membuka bekas plastik Jerman," kata jurucakap wanita, Sea Life, Tanha Munzig baru-baru ini.

Munziq berkata, ia berbeza dengan pertemuan menentang England, di mana Paul hanya mengambil masa hanya beberapa saat untuk memilih bekas makanan Jerman. Munzig menyangkal dakwaan bahawa bekas makanan itu telah diubahsuai.
Setiap makanan dan bekas makanan telah disusun seperti sama seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ada pasukan tuan rumah dan pelawat.
? - ?
Terbaru,sotong kurita Paul yang meramalkan semua perlawanan melibatkan Jerman pada WC2010 dengan tepat, semalam memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman, Khamis ini. sama-samalah kita saksikan adakah tepat tilikan si nujum Paul ini nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...