Bila
kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan
dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini,
saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan
orang lain,
Pertama
Allah
sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah
sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki
lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas
10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah
sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu,
sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada
kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua
kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak
pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.