Dah tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri di bulan Syawal. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Adakah ini Ramadhan terakhir kita?kita semua tidak tahu. Di kesempatan ini, sama2 lah kita berusaha mencari seberapa banyak ganjaran pahala buat bekalan sebelum mati.
Tahukah anda semua apa itu malam Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Di dalam hadis ada menyatakan :
Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.
Terdapat beberapa tanda yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)
2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk
3) Tiada lontaran tahi bintang di langit
4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi
0 comments:
Post a Comment