Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, August 31, 2011

Salam 1Merdekaraya


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53 DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA TIDAK KIRA DIMANA JUA ANDA BERADA.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
MAAF ZAHIR BATIN!

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran 2011


السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada hari yang mulia, berkat serta bahagia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam didunia ini yang menyambut 1 Syawal pada hari ini. Semoga segala amalan soleh kita pada bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang baik olehNya sebagai bekalan kita di hari akhirat sana. InsyaAllah.

Friday, August 19, 2011

Lailatulqadar di 10 malam terakhir Ramadhan


Dah tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri di bulan Syawal. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Adakah ini Ramadhan terakhir kita?kita semua tidak tahu. Di kesempatan ini, sama2 lah kita berusaha mencari seberapa banyak ganjaran pahala buat bekalan sebelum mati.

Tahukah anda semua apa itu malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Di dalam hadis ada menyatakan :

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Terdapat beberapa tanda yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3) Tiada lontaran tahi bintang di langit

4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi

Monday, August 8, 2011

Bonus Raya Tengah Bulan Nie!?!



Sebut pasal bonus, kakitangan awam tak sabar2 menunggu berita gembira daripada PM. Mungkin 2 bulan gaji mahupun sebulan gaji yang dimohon sebelum ini oleh Cuepacs tidak akan diberi, namun bonus raya memadai bagi mengurangkan beban rakyat.

Petikan daripada BERNAMA..

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...