Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, October 20, 2010

tidak salah perigi mencari timba!


JODOH pertemuan Tuhan tentukan. Setiap orang ada pasangannya masing-masing. Ada yang mendapat jodoh ketika berusia awal 20-an, dan tidak kurang juga yang sudah berusia 40-an baru berpeluang bergelar suami mahupun isteri isteri.


Namun usah berasa tertekan untuk berkahwin hanya semata-mata kerana desakan keluarga atau kerana melihatkan teman-teman sudah berumah tangga. Membina rumah tangga perlukan banyak perhatian dan perhitungan dan tidak boleh tangkap muat saja.


Pernikahan itu satu amanah dan perkahwinan itu kewajipan. Hidup sebagai suami isteri tidak sama dengan hidup ketika sendirian.


Ada perkahwinan membawa bahagia, tidak kurang pula menjadi di sebaliknya. Ada perkahwinan berdasarkan suka sama suka atau diatur keluarga. Memang tidak mustahil bagi seorang wanita melamar lelaki. Tetapi lamarannya itu biarlah dilakukan dengan bersopan supaya tidak pula dikata orang perigi mencari timba.


Lamaran begini memerlukan jasa baik ahli keluarga dan biasanya melalui saudara mara yang lebih tua dan dilakukan secara tidak langsung namun bersopan dan teratur.


Bantuan orang tengah yang dipercayai diperlukan untuk mencari jodoh yang salih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang lelaki yang menjadi calon suami.


Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya sebagai seorang yang salih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis itu. Anda disarankan memperbanyakkan membaca Surah Yusuf.


Dalam zaman serba mencabar ini ramai wanita yg agak berusia masih belum berumah tangga. Namun begitu usahlah terburu-buru untuk mengejar dan mendapatkan sesuatu yang belum diberi restu.


Usahlah risau dan runsing. Allah lebih mengetahui kerana Dia yang mencipta segala-galanya. Jika sudah tiba jodoh pertemuan,anda akan berkahwin juga. Ada orang cepat jodohnya dan tidak kurang pula yang lambat. Sementara itu banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah semoga dipercepatkan pertemuan jodoh anda itu.


Dalam pada itu, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh) memang digalakkan. Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang sesuai. Tindakan ini adalah lebih baik daripada mencari sendiri demi mengelakkan fitnah dan maksiat.


Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman, boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang soleh daripada Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; “Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri (atau suami) serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa.”



2 comments:

fafafififufu--Qasehku Cayangku.... said...

org x pakai perigi dh skrg..org kai paip la....

AndRe SoPie™ said...

besi pun ok der..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...