Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, September 11, 2013

Iphone 5s dan 5c sudah keluar

Pagi tadi Apple memperlihatkan iPhone 5S dan iPhone 5C, dua peranti pintar terkini mereka. Apakah perbezaan dua peranti baru ini berbanding apa yang ada di pasaran? Mari mulakan dengan 5S. iPhone 5S mempunyai pemproses A7 64 bit pertama di dunia yang menurut Apple adalah jauh lebih pantas dari pemproses yang digunakan pada iPhone 5. Kemampuan optik masih lagi 8 Megapixel tetapi dinaik tarafkan dengan sensor lebih besar serta dua buah flash berbanding satu pada model sebelum ini. Seperkara lagi 5S dilengkapi pengimbas ibu jari pada butang home yang membolehkan anda melakukan unlock serta pembelian AppStore tanpa perlu memuatmasuk kata laluan. Terdapat 3 variasi warna untuk 5S serta 6 pilihan warna untuk casing. Harga saranan iPhone 5S bermula dari USD 649 (RM 2126) sebuah

iPhone 5C pula ialah model yang akan menggantikan iPhone 5 yang dihentikan penjualannya. Ia diperkasakan dengan pemproses A6 dan kamera 8 Megapixel yang sama dengan iPhone 5S. Perbezaan yang ketara ialah kasis polikarbonat baru pada 5C. Terdapat 5 pilihan warna untuk 5C berbanding hanya dua untuk iPhone 5. Selain itu Apple juga menghasilkan casing khas pelbagai warna untuk 5C bagi membolehkan anda mengkustomasikan rupa peranti milik anda. Harga jualan 5C bermula dari USD 549 (RM 1798) sebuah.

Kedua-dau peranti ini akan mula dijual pada 20 September ini. Jika berminat silalah ke Singapura!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...