Monday, January 28, 2013
Sungguh besar peranan suami!
8 Tanggungjawab suami kepada isteri - Imam Ghazali
1. Mengadakan walimah
Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.
2. Berakhlak baik dengan isteri
Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.
3. Meraikan isteri
Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.
4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta
Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.
5. Sederhana dalam memberi nafkah
Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.
6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab
Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.
7. Tidak membuka rahsia suami-isteri
Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.
8. Setia
Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.
Semoga bermanfaat!
Tuesday, January 15, 2013
Hukum bersalaman, dgn siapa boleh dan siapa yg tak boleh!
1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya.. bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya.. Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki? Jawapannya:
A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya, tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
G- Dengan sepupu pun sama pepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalam
Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”
# Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.
Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye :)
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya.. bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya.. Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki? Jawapannya:
A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya, tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
G- Dengan sepupu pun sama pepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalam
Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”
Subscribe to:
Posts (Atom)