Pages

WELCOME TO MY BLOG

Thursday, September 15, 2011

Cukai prepaid 6% ditangguhkan!


Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)..baca seterusnya

Dijangkakan mungkin selepas pilihanraya, cukai ini akan dilaksanakan. Apapun kita tunggu dan lihat.

Ini juga mungkin memang wayang yang telah dijangka..

the modus operandi..

1. announce kenaikan harga barang / perkhidmatan.

2. suratkhabar gembar gembur kan. .

3. rakyat marah.. pelbagai pendapat di keluarkan.

4. menteri mula tunjuk concern..

5. pm dan pak2 menteri isu kenyataan yg bercanggah satu sama lain..

6. akhirnya - akhbar utusan meloya keluar berita gembira - kenaikan di batalkan.. PM kita adalah 'champion' kepada rakyat..

7. berita pembatalan kenaikan di raikan begitu meriah sehingga 7 hari 7 malam..

8. lepas pilihanraya aje.. siaplah korang.. semua barang naik jugak.. hahaha.. kene tipu lagi..

9. ulang semula pusingan di atas jika perlu..kerana.. rakyat pasti sudah lupa.

So apa yang pasti anda fikir-fikirkanlah kerana anda yg pandai menilai sendiri. Tepuk dada tanya selera.RARE!!!

Friday, September 9, 2011

Prepaid naik 6%




KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%), berkuat kuasa 15 September 2011. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut. Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan :- sumber berita harian

Harga semasa dan selepas cukai 6%

RM5 = RM5.30
RM10 = RM10.60
RM20 = RM21.20
RM30 = RM31.80
RM60 = RM63.60
RM100 = RM106.00

Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya Enam itu bidaah


Di antara perkara yang diada-adakan (bid’ah) pada bulan Syawal adalah bid’ah hari raya Al Abrar (orang-orang baik) (atau dikenal dengan hari raya enam) iaitu hari kelapan Syawal.

Setelah menyelesaikan puasa bulan Ramadhan dan berbuka pada hari pertama bulan Syawal -iaitu hari raya 'eidul fitri' - mereka mula berpuasa enam hari pertama dari bulan Syawal dan pada hari kelapan mereka membuat hari raya yang mereka namakan 'iedul abrar' (biasanya dikenal dengan hari raya enam )

Syaikhul Islam lbnu Taimiyah –Rahimahullah- berkata: “Adapun mereka-reka tempoh tertentu selain masa yang disyariatkan seperti sebahagian malam bulan Rabi’ul Awal yang disebut malam maulud, atau sebahagian malam bulan Rejab, tarikh 18 Zulhijjah, Jumaat pertama bulan Rejab, atau tarikh 8 Syawal yang orang-orang jahil menamakannya dengan hari raya Al Abrar ( hari raya enam) ; maka itu semua adalah bid’ah yang tidak disunnahkan dan tidak dilakukan oleh para salaf. Wallahu Subhanahu wata’ala a’lam.

Peringatan hari raya ini biasanya dilakukan di salah satu masjid yang terkenal, para wanitapun berikhtilat (bercampur) dengan laki-laki, mereka bersalam-salaman dan mengucapkan lafaz-lafaz jahiliyyah tatkala berjabatan tangan, kemudian mereka pergi ke tempat dibuatnya sebahagian makanan khusus untuk perayaan itu. (lihat : As Sunan wal mubtadi’at al muta’alliqah bil adzkar wassholawat karya Muhammad bin Abdis Salam As Syaqiriy hal. 166)**

Hari kelapan dari syawal ini orang umum menamakannya sebagai Iedul Abrar (hari raya orang yang baik) iaitu orang-orang yang telah puasa enam hari Syawal. Namun hal ini adalah bid’ah. Maka hari kelapan ini bukanlah sebagai hari raya, bukan untuk orang baik (abrar) dan bukan pula bagi orang jahat (Fujjar).
Sesungguhnya ucapan mereka (iaitu iedul abrar) mengandungi maksud bahawa orang yang tidak puasa enam hari dari Syawal maka bukan termasuk orang baik, demikian ini adalah keliru. Kerana orang yang telah menunaikan kewajipannya maka dia, tanpa diragukan adalah orang yang baik walaupun tentunya sebahagian orang kebaikannya ada yang lebih sempurna dari yang lain.

Monday, September 5, 2011

Bicara tentang JODOH


Soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yg mudah untuk diungkapkan kerana kadang2 ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.

Ketetapan Allah sentiasa mengatasi segala ketetapan makhluk-Nya.
Walau bagaimana cara kite berusaha untuk menawan hati seseorang.
Jika insan tersebut bukan untuk kite.
Maka redhalah dengan ketentuan Ilahi.


Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum: 21)

Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh :

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti merima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia

Sunday, September 4, 2011

Diluah mati mak ditelan mati bapak


Jangan takut miskin..kahwinlah!

Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang enggan menikah lantaran takut pada kemiskinan, maka sungguhnya dia telah berburuk sangka kepada ALLAH swt.
Sesungguhnya ALLAH swt berfirman : "Jika mereka miskin, ALLAH akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan ALLAH Maha Pemurah (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.

Umur sekarang dah meningkat. Melihatkan keadaan kawan2 yg sebaya, ada yang sudah berkahwin dan ada juga yg sudah memiliki anak. Terdetik dihati ini untuk berkahwin seperti mereka namun begitu jodoh masih belum sampai lagi. Tiada jodoh itu bukan kehendak kita. Jodoh itu pasti cuma cepat atau lambat sahaja. Hanya mampu berdoa. Pasrah dan redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...