Pages

WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, January 17, 2012

Mat Rempit pun boleh berubah gara² UAI


Entry ini dikarang dalam bahasa terengganu namun ia sudah dipermudahkan supaya senang faham

:Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…


Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..” rr.. satu agi..”Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…”HAHAJadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA’…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…

dop seke pando gok aku buat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)

copyright by wootmedia

SBPA disemak semula


Memang banyak pertikaian telah berlaku sejak SBPA ini diperkenalkan. Walaupun banyak kelebihan namun kekurangannya masih ada. Adakah ianya telah terlepas pandang atau sengaja dipolitikkan sama-sama kita tunggu.

Thursday, December 8, 2011

Gaji baru 2012 melalui SBPA



Mulai 1 Januari 2012, kakitangan awam akan menikmati skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah diumumkan oleh Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada memilih skim Sistem Saraan Malaysia(SSM) yang sedia ada sekarang ini ataupun Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) yang baru diperkenalkan ini. Mereka diberi tempoh selama dua minggu untuk menukarkan skim ini mulai 16 Disember 2011-31 Disember 2011.

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018. Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.

Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000, kalau didarabkan kepada RM berapa?

Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

Saya rasa ramai dah kakitangan awam yang senyum lebar selepas ni. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Download pekeliling sbpa

Tuesday, November 22, 2011

Selamanya Harimau Malaya..TAHNIAH!!





Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas bola sepak yg dimenangi 2 tahun lalu pada edisi Sukan Sea Laos 2009 dengan menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada 120minit permainan sebenar.




Kejayaan membawa pulang 'ibu' kepada segala pingat ini di Stadium Bung Karno adalah sungguh membanggakan seluruh rakyat Malaysia dimana ianya disaksikan puluhan ribu penyokong fanatik tuan rumah yg ghairah mahukan pasukan mereka menang namun kejayaan tetap milik harimau muda.

Thursday, November 17, 2011

UPSR Terengganu 2011 terus gemilang



KUALA TERENGGANU - Terengganu terus unggul dalam pencapaian semua A, UPSR 2011 dengan pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 sebanyak 15.4%. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Peningkatan 4.3 % mengikut En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu antara yang terbaik semenjak beberapa tahun ini. Begitu juga dengan Gred Purata Negeri telah meningkat 0.11 dari tahun 2010 sebanyak 2.25 kepada 2.14 tahun 2011.

Pengumuman keputusan UPSR 2011 bagi negeri Terengganu telah disampaikan oleh En. Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, pagawai di jabatan dan ppd serta wartawan akhbar dan media elektronik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...