Pages

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, November 2, 2011

Tiada Yang Sempurna




Manusia tiada beza , samada lelaki mahupun wanita. Kalau kita rasa kita lengkap dalam aspek yang tertentu mungkin ada setengah aspek lagi kita akan terabai , tiada manusia yang dicipta adalah benar - benar sempurna . Lelaki dan Wanita hidup untuk saling melengkapi bukan untuk mendengki dan meninggi diri .


Kadang - kadang , apabila kita berada di atas kita sering terlupa bagaimana cara kita mendaki pada dahulu kala , kita terlupa semasa pendakian untuk mencapai puncaknya penuh dengan duri dan cabaran yang terpaksa kita lalui . Tetapi , apabila kita telah berjaya cabaran yang jerih mudah sahaja kita lupakan dan tiada langsung sikap untuk bersyukur kerana berjaya mengatasinya dan akibatnya akhirnya akan memakan diri .


Kita semua adalah sama , cuma apa yang kita ada untuk menjadikan diri lebih daripada mereka diluar sana adalah dengan menggunakan akal yang ada sebaik mungkin untuk berfikir dan bertindak secara rasional .


Begitu juga jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.


Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.


Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

Friday, October 7, 2011

Intipati Belanjawan 2012


Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal.
“Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Antara intipati yang dibentangkan adalah:-

BAJET 2012 | Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

BAJET 2012 | Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAJET 2012 | Bagi mengenang jasa Polis Khas dan Polis Tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis

BAJET 2012 | Pencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat Haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM1,300.

BAJET 2012 | Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6

BAJET 2012 | Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

BAJET 2012 | RM100 diberi secara one off kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seorang.

BAJET 2012 | Bonus RM500 untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan akan dibayar pada gaji bulan Disember.

BAJET 2012 | RM200 Juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)

BAJET 2012 | Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

BAJET 2012 | Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk membantu 4 Juta penduduk yg masih tinggal di kawasan berisiko.

BAJET 2012 | Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

BAJET 2012 | Warga emas berumur 60 Tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

BAJET 2012 | RM15 Juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.

BAJET 2012 | Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik..

BAJET 2012 | Bagi membantu pemilik teksi bajet persendirian menghadapi kos operasi tinggi, mereka akan dibantu dengan pengecualian cukai pembelian teksi.

BAJET 2012 | Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebaga Anjung Singgah.

BAJET 2012 | Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.

BELANJAWAN 2012 | Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.

BAJET 2012 | Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

BAJET 2012 | RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

Thursday, September 15, 2011

Cukai prepaid 6% ditangguhkan!


Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)..baca seterusnya

Dijangkakan mungkin selepas pilihanraya, cukai ini akan dilaksanakan. Apapun kita tunggu dan lihat.

Ini juga mungkin memang wayang yang telah dijangka..

the modus operandi..

1. announce kenaikan harga barang / perkhidmatan.

2. suratkhabar gembar gembur kan. .

3. rakyat marah.. pelbagai pendapat di keluarkan.

4. menteri mula tunjuk concern..

5. pm dan pak2 menteri isu kenyataan yg bercanggah satu sama lain..

6. akhirnya - akhbar utusan meloya keluar berita gembira - kenaikan di batalkan.. PM kita adalah 'champion' kepada rakyat..

7. berita pembatalan kenaikan di raikan begitu meriah sehingga 7 hari 7 malam..

8. lepas pilihanraya aje.. siaplah korang.. semua barang naik jugak.. hahaha.. kene tipu lagi..

9. ulang semula pusingan di atas jika perlu..kerana.. rakyat pasti sudah lupa.

So apa yang pasti anda fikir-fikirkanlah kerana anda yg pandai menilai sendiri. Tepuk dada tanya selera.RARE!!!

Friday, September 9, 2011

Prepaid naik 6%




KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%), berkuat kuasa 15 September 2011. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut. Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan :- sumber berita harian

Harga semasa dan selepas cukai 6%

RM5 = RM5.30
RM10 = RM10.60
RM20 = RM21.20
RM30 = RM31.80
RM60 = RM63.60
RM100 = RM106.00

Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya Enam itu bidaah


Di antara perkara yang diada-adakan (bid’ah) pada bulan Syawal adalah bid’ah hari raya Al Abrar (orang-orang baik) (atau dikenal dengan hari raya enam) iaitu hari kelapan Syawal.

Setelah menyelesaikan puasa bulan Ramadhan dan berbuka pada hari pertama bulan Syawal -iaitu hari raya 'eidul fitri' - mereka mula berpuasa enam hari pertama dari bulan Syawal dan pada hari kelapan mereka membuat hari raya yang mereka namakan 'iedul abrar' (biasanya dikenal dengan hari raya enam )

Syaikhul Islam lbnu Taimiyah –Rahimahullah- berkata: “Adapun mereka-reka tempoh tertentu selain masa yang disyariatkan seperti sebahagian malam bulan Rabi’ul Awal yang disebut malam maulud, atau sebahagian malam bulan Rejab, tarikh 18 Zulhijjah, Jumaat pertama bulan Rejab, atau tarikh 8 Syawal yang orang-orang jahil menamakannya dengan hari raya Al Abrar ( hari raya enam) ; maka itu semua adalah bid’ah yang tidak disunnahkan dan tidak dilakukan oleh para salaf. Wallahu Subhanahu wata’ala a’lam.

Peringatan hari raya ini biasanya dilakukan di salah satu masjid yang terkenal, para wanitapun berikhtilat (bercampur) dengan laki-laki, mereka bersalam-salaman dan mengucapkan lafaz-lafaz jahiliyyah tatkala berjabatan tangan, kemudian mereka pergi ke tempat dibuatnya sebahagian makanan khusus untuk perayaan itu. (lihat : As Sunan wal mubtadi’at al muta’alliqah bil adzkar wassholawat karya Muhammad bin Abdis Salam As Syaqiriy hal. 166)**

Hari kelapan dari syawal ini orang umum menamakannya sebagai Iedul Abrar (hari raya orang yang baik) iaitu orang-orang yang telah puasa enam hari Syawal. Namun hal ini adalah bid’ah. Maka hari kelapan ini bukanlah sebagai hari raya, bukan untuk orang baik (abrar) dan bukan pula bagi orang jahat (Fujjar).
Sesungguhnya ucapan mereka (iaitu iedul abrar) mengandungi maksud bahawa orang yang tidak puasa enam hari dari Syawal maka bukan termasuk orang baik, demikian ini adalah keliru. Kerana orang yang telah menunaikan kewajipannya maka dia, tanpa diragukan adalah orang yang baik walaupun tentunya sebahagian orang kebaikannya ada yang lebih sempurna dari yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...