Pages

WELCOME TO MY BLOG

Friday, August 19, 2011

Lailatulqadar di 10 malam terakhir Ramadhan


Dah tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri di bulan Syawal. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Adakah ini Ramadhan terakhir kita?kita semua tidak tahu. Di kesempatan ini, sama2 lah kita berusaha mencari seberapa banyak ganjaran pahala buat bekalan sebelum mati.

Tahukah anda semua apa itu malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Di dalam hadis ada menyatakan :

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Terdapat beberapa tanda yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3) Tiada lontaran tahi bintang di langit

4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi

Monday, August 8, 2011

Bonus Raya Tengah Bulan Nie!?!



Sebut pasal bonus, kakitangan awam tak sabar2 menunggu berita gembira daripada PM. Mungkin 2 bulan gaji mahupun sebulan gaji yang dimohon sebelum ini oleh Cuepacs tidak akan diberi, namun bonus raya memadai bagi mengurangkan beban rakyat.

Petikan daripada BERNAMA..

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2011


"Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramadhan)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.

Ramadhan juga adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Pada tahun ini, kita akan berpuasa selama 29hari sahaja mengikut kaedah rukyah dan hisab dimana ianya tidak sampai 30hari. Puasa akan bermula pada hari 1 Ogos 2011 sehingga 29 Ogos 2011. Maka kita akan meraikan Hari Raya pada 30 Ogos 2011.

takwin masihi / hijrah 2011

Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Buatlah amal kebaikan untuk mendapat ganjaran pahala drpd Allah Taala. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.

Saturday, July 16, 2011

Salam Nisfu Syaaban

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Harini merupakan malam nisfu sya'aban tahun 2011. Banyak kelebihan dan fadhilat pada malm nisfu sya'aban ini. Kebiasaannya apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca surah Yasin dengan niat memohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah Yasin pula kali keduanya dengan diniatkan dilimpahi dan yang ketiga dibacakan surah Yasin meminta ditetapkan iman dan mati dalam iman diiringi doan-doanya.

Hari nisfu sya’aban juga merupakan hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Semoga kita diterima amalan dan diberi rahmat oleh Yang Maha Esa.

Friday, July 15, 2011

Kejohanan Futsal MAKSAK Peringkat Negeri







Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Tarengganu selama 2 hari. Sebanyak 40 team kesemuaanya telah menyertai futsal MAKSAK pada tahun ini.

Pada perlawanan akhir, pasukan kami Pelajaran telah menewaskan BSN 2-1 dlm perlawanan yang cukup sengit. Tahniah dan syabas buat pasukan kami yang berjaya menjuarai kejohanan MAKSAK peringkat negeri Terengganu 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...