Pages

WELCOME TO MY BLOG

Sunday, June 12, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011..Peteh Ganu Peteh!!!


Tahniah Terengganu kerana berjaya menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi setelah menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi yang penuh dramatik.

Disaksikan hampir 90,000 penyokong yang mana hampir 60,ooo dikuasai oleh penyokong The Red Warrior dan selebihnya adalah penyokong Terengganu FC, perlawanan pada babak pertama agak seimbang.

Namun begitu Kelantan berjaya mendahului pada babak kedua di m-79 hasil jaringan menarik Norul Azwan Roya yang menerima umpanan cantik pemain tengah Syakir Shaari.

Perlawanan seakan-akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan namun begitu kesilapan pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk ke gawang sendiri ketika hendak mengeluarkan bola sepakan Abdul Manaf Mamat yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi membawa padah ketika aksi hanya berbaki 5 saat waktu sebenar kecederaan tamat.

Strategi jurulatih Terengganu memasukkan pemain tengah Nordin Alias membuahkan hasil apabila rembatannya berjaya menghasilkan gol kemenangan pada m-110 tambahan masa.

Dengan kemenangan itu, Terengganu berjaya mengulangi kejayaan yang sama 11 tahun lepas menewaskan Pulau Pinan 4-3 menerusi sepakan penalti. Kejayaan ini juga lebih manis lagi kerana dikhabarkan penganjuran Piala FA kali ini adalah tahun terakhir kerana FAM akan memperkenalkan format baru untuk tahun hadapan.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Terengganu. Sesungguhnya rakyat Terengganu berbangga dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pemain.

Terengganu Nelang!Peteh Terengganu Peteh!

Saturday, June 4, 2011

Made in Golok











Setelah banyak kali plan tak jadi2,akhirnya jadi jugak..
dengan pakai niat je terus sampai golok..
best jugak g shopping sana..
harga murah2 blaker..serba serbi muroh maa..hehehe
dari bndr kt ke rantau pnjg ambil mase 2jam lebey jer..
pengalaman yang sungguh menyeronokkan i like..
lepas nih nk g pulok..sawadekap..

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Susu Sedunia..pissss!!!


Harini adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku kerana selama aku hidup baru harinilah yang aku tahu Hari Susu Sedunia..hahaha..agak kelakar bunyinya tapi memang realiti.

Hari Susu Sedunia disambut setiap tahun pada 1 Jun..aku tahu pun mase nak g kerja pagi tadi terdengar dalam radio hot fm.

Sejak dari kecik lagi kita dh minum susu kan..memang dalam al-quran juga ada menyebut :
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (An Nahl: 66)

Memang betul susu ini sangat bagus untuk kesihatan kita dan banyak kalsium..pakar2 juga mengatakan bahawa "pengambilan kalsium dan makanan berkalsium tinggi boleh membantu mengurangkan risiko kanser."

So, kepada kawan2 semua minumlah susu untuk kerana susu berkhasiat untuk tubuh badan kita..yeay

Tuesday, May 31, 2011

Mak, saya nak kawin..hehe..



Inilah masalah yang sering menghantuiku tatkala keinginan memuncak..ehehehe..Hanya ada dua masalah berat tapi ringan dalam diriku sekarang ni iaitu TAPI dan KALAU.

"Aku nak bercinta tapi aku tak jiwang.."
"Aku nak berkenalan dengan Si Minah, tapi aku mat rempit, dia ustazah.."
"Aku nak berkahwin, tapi aku tak de duit.."
"Aku nak tapi....."

"Kalaulah aku handsome dah lama aku tackle awek cun.."
"Kalaulah aku bekerjaya dah lama awek minat kat aku.."
"Kalulah aku kaya dah lama aku kahwin.."
"Kalaulah aku....."

Korang rase problemo aku nih ada sama macam korang tak..kalo ada,kito serupo lah..bak kato orang nogori, oosamaladen..kui3

Zaman sekarang duit memainkan peranan penting.kalau takde duit, susah jugak.
Mas kahwin pun naik jugak bukan minyak,gula,susu ajer yang naik taw.hehe



Puteri sultan tuh boleh buat kira gak ni. Mas kahwin tu pun dah banyak tu, hantarannya pula agak2 korang berapa ek..ekekekek..

Berdoalah semoga Tuhan bukakan pintu hati disebalik 'sesuatu'. Hanya Tuhan yang maha mengetahui kemampuan kita menangani 'sesuatu' itu. Bila, di mana dan bagaimana jalan itu akan dibuka untuk kita, hanya Tuhan yang tahu. Lambat atau cepat satu perkahwinan di tangan Tuhan.Takpelah yang penting hati mesti baik maa. Kalau dah jodoh tak kemana. Sampailah serunya nanti.hehe

Monday, May 30, 2011

Lelaki punca utama CERAI???



Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

Kegagalan lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga dikatakan menjadi punca utama peningkatan kes jumlah pasangan Islam yang bercerai berbanding pasangan bukan Islam di negara ini.

Pakar Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, penemuan itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Apabila suami gagal melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga, kewujudannya tidak lagi dianggap penting, malah ada isteri yang menganggap ketiadaan suami bukan lagi satu beban tetapi rahmat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie kelmarin mengenai kes pasangan Islam yang bercerai meningkat daripada 22,289 kes sepanjang tahun 2008 kepada 27,116 kes pada tahun lalu.

Pada masa yang sama, jumlah kes perceraian pasangan bukan Islam menurun kepada hanya 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes tahun 2009.

Menurut Suzana, kekurangan ilmu rumah tangga dan perkahwinan selain kecenderungan niat tidak tepat untuk berkahwin turut menyumbang kepada perceraian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...