Pages

WELCOME TO MY BLOG

Monday, November 22, 2010

Usah terlalu memilih..

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


Sunday, November 21, 2010

Rakyat Malaysia Gemuk?



Ketika saya membaca akhbar Kosmo 16 November lepas, saya tertarik dengan isu utama muka depan, 'Malaysia negara orang gemuk.' Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.'

Jadi, memandangkan saya terlibat secara lansung dalam industri kesihatan dan kecergasan sejak beberapa tahun lalu, saya ingin kongsikan pengalaman saya.

Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk?

Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia.

Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia

Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese. Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain. Tetapi ia merupakan masalah semua orang tidak kira samada di Malaysia, Jerman mahupun Amerika Syarikat. Jadi, jom kita lihat 3 punca yang akan saya kongsikan.

1. Tiada Know-How.

Saya rasa tidak perlu untuk mengingatkan semula orang ramai untuk kepentingan menjaga berat badan kerana semua orang pasti tahu. Kesederan itu sudah ada pada semua orang. Tetapi kesedaran tanpa know-how atau ilmu penjagaan berat badan, usaha itu sia-sia. Kalau orang ramai di Kuala Lumpur mahupun di luar bandar ditanya tentang keperluan kalori seharian masing-masing, saya rasa 90% tidak tahu. Jadi kalau asas pengetahuan itu tiada, memang hampir mustahil untuk mengawal berat badan. Tapi salah siapa? Adalah salah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Not at all! Ia adalah salah diri sendiri. Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawap masing-masing. Tidak perlu bergantung kepada sesiapa!

2. Matlamat Penurunan Berat Badan (Weight Loss) Tidak Realistik.

Ini masalah kerap kepada mereka yang beratnya telah mengingkat over time... mungkin berat badan naik sebanyak 10 kg dalam 10 tahun. Itu kadar yang amat perlahan. Tetapi apabila seseorang itu ingin kurangkan berat pula, jarang ada yang nak tunggu 10 tahun. Semua nak kurangkan dengan cepat! Kalau boleh 10kg dalam 10-12minggu. Soalannya bole ke? Bolehkah seseorang kurangkan berat badan dengan cepat? Jawapan mudah: BOLEH tetapi kebanyakkan orang tidak menpunyai know-how dan disiplin untuk menjayakannya... jadi mereka cepat putus asa dan serahkan berat badan kepada takdir!

3. Suka Bergantung Kepada Pihak Ketiga.

Orang ramai di Malaysia sangat suka dengan impian kuruskan badan dengan cepat melalui produk-produk komersial seperiti slimming centers, gelang tangan, supplement dan jurulatih peribadi. Sekali lagi di sini, rakyat Malaysia inginkan jalan mudah dan cepat. Mereka tertipu dengan kata-kata pemasaran seperti gambar-gambar "before and after". Kenapa tertipu? Yang pasti, tanpa pemakanan asas yang betul, senaman yang berterusan dan perancangan masa panjang, tiada produk or slimming center akan dapat menyelesaikan masalah 16.8 juta rakyat Malaysia yang kegemukan.

Bagaimana Nak Atasi Masalah Kegemukan?

Bagi saya hanya ada satu solusi yang akan menjanjikan hasil jangka masa panjang yang diingini. Individu perlukan ilmu asas tentang pemakanan dan cara mengurangkan berat badan yang kukuh. Dengan adanya asas yang kukuh ini, pengguna akan dapat mengawal pemakanan yang membuat penukaran gaya hidup yang berkekalan. Jangan fikir nak kurus cepat. Yang penting individu itu pandai megawal diri. Kawalan perlu ada dalam diri sendiri dan bukan pada tempoh program slimming mahupun adanya stok bekalan supplement.Malah dengan adanya know-how ini, pengguna tidak cepat tertipu dengan kata-kata manis produk-produk komersial. Pemakanan dan senaman perlukan kualiti... tetapi ia hanya mungkin dengan adanya know-how.

Salah Diri Sendiri

Apapun, mengurangkan berat badan bukanlah suatu perkara yang susah. Tapi kalau diabaikan ilmu itu, sememangnya ia adalah salah diri sendiri. Jadi, 16.8 juta rakyat Malaysia perlu take it into their own hands untuk mengubah masa depan. That is the only way. Just do it!

Couple di sudut pandangan Islam


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari


Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakanlah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Wallahualam.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 2010


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Tuesday, November 16, 2010

Mari belajar loghat Terengganu

jauh sapok…..teramatlah jauhnye
panah sang (panah kettik)………panas yg teramat sgt
comel lote………comel yg amat
ija naung……….hijau kehijauan
sejuk ketto……..sejuk yg sgt2
itang lettung ( itang leggang)……tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang……rosak
pughah hangik……hampeh gile
taik ayang muna….tahi ayam yg masih hangat
kona lepe………kona lipat
kelecak………..terpelanting
nakuk paik…….penakut yg amat
tinggi lonjong….tinggi sgt
tinggi nyayuk……sama cm diatas
masing pekkok…..teramat masin!
sekak netting…..singkat sgt (kain)
nipih nayyang…..sgt nipis
maknga…………cuai
babei………….degil
jabir/supek/plastik ghok-ghak………plastic bag je padahal
koghok…………tengkorak
kehek………….muntahkan semula
puahsang……….boring
meppeh…………tak larat
kepeh blepeng…..kempis sgt(sampai mcm lempeng?)
lapo perut……..lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti
ade perut)
ngatuk mate…….ngantuk (samela tak ble pisah ni..)
bodo oh lalu……..terlalu [**** sensor]
koghok keghing goh….tengkorak yg sudah kering (istilah ini juga diguna masa mengata/mengumpat)
kelecak baghak……terpelanting
kerek tlage……konkrit mengepung telage
tadok aroh……..habis ikhtiar
penuh poppok/rumbu…….penuh sampai melimpah
khapoh………..kerak (goreng posang etc)
penuh nembok……penuh sampai melimpah
gemuk debbok……gemuk sgt
kuruh kering…..sgt kurus
botok licing…….botak licin (rambut)
beso jereguk…..besar
kecok………….jln terhincut2
regel…………..bising
suke glekek…….ketawe menggelekek
ketor geggor……terketar² smp bergegar..hehe
manih leting……sgt manis
dulli mung……..tak ambik peduli
musing ketang -cari merate-rata/berpusing
letihsang………sgt letih
bapok gong……..sgt besar
gong…………..sombong
srupe tule/supatula…….serupe je
beghak nanang……sgt berat
ringang lepung…..sgt ringan
ketik nnyamuk……digigit nyamuk
makang kkucing…..dimakan kucing
kattok wong……..katak (siap ade bunyi tuu)
dop tahu starang…..tak tahu pun
busuk kohong….busuk gile
agah…org yg sombong
soheh dok munggg??… ko ni biar betul!!
sewang……lbh kurang serabut
apah nyor…… hampas kelapa
anguh letong…… sangat hangus
bata golek ….. boaster/bantal pelok
bronok ….. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
bepang ……. sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
boloq woq …… serabut
bahang ……. pukul kan!
Bluahh ……comot
culah …… malah
ceekiik……. cubit-cubitan
dokdang ……. tak sempat
glising ……merekah
iiising ……. gile dooo
ikang aye …… ikan tongkol
ikang kerah ekor …… ikan cencaru
kheloqq ……. malu kot!
tunggu stor ……. malu sekejap
Kupik ………kedekut
Kembit ……mengada-ngada
gembik…..lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
ngerek…… selalu bwk awek
Lembek ….. tilam
Lambur ……. beranda/balkoni
meroh merang ……..merah sangat
memang dok arr ……. memang tak ar!
musing ligat ……… berpusing2
musing ketang ……… berpusing2
ngoyang ……. meroyan
nyekik ……… menyampah
nyakit nyamang …….. tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh …….. mengada-ngada
nisang …….gula melaka
sikekk ….. sedikit
se`jek …… masjid
sekut merri ……biskut merrie
se’eh …… kenyang sangat
sorok……. drawer
tawor hebbe ……. tawar gile
tawor lembo….tawar(air)
tohok……buang
senyak tupih( senyap tuppah )…..senyap sunyi
tinggi sayuk….sgt2 tinggi
beso jallo…..sudah besar(org)
kecik tuik…..kecil sgt2
pucak kesi…….pucat
bising bango…..bising sgt
uduh sepang ko’ong…….hodoh sgt2
tupul glebek…..tumpul(cm pisau ke)
patoh riok….patah(tangan)
pendek kettok…..pendek ah
gelak kattok……gelap gelita
kuning siyor……kuning
buruk leppok…..buruk giler
toho leppeh…..air yg cetek
tubek gembong ……. buasir
Wohhulu ….. bahulu
tubek …….keluar
panah ketik…….. panas yang teramat
tohor leppeh….air yg cetek
paik nepang…..pahit yg amat2
kuba balo….kerbau yg ada wana perang2
beng ikang……… van @lori yg bawa ikan
patoh riok…..patah banyak
uduh sepang…hodoh sangat-sangat
busuk kohong….busuk teramat
nebeng ngoh……ter over
pekat likat…..pekat ah
nganjing – mempermainkan
sepeng - contohnya, rambut yang di potong tak sekata.

Semoga dapat menjadi panduan terutama kalau hendak mai melawat
keTranung atau yang bercadang mencari calon orang tranung mahupun yang
telah bertemu jodoh orang tranung kenalah belajar sikit-sikit loghat
ini baru verrry best punya menantu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...